in , ,

Album BLACKPINK Catat Sejarah No. 2 Paling Laris Di Billboard AS

Baharu sahaja melancarkan album penuh pertama mereka berjudul The Album pada 2 Oktober lalu, kumpulan Blackpink mencipta sejarah apabila album tersebut menduduki tangga kedua carta Billboard untuk album paling laris pada minggu lalu.

Carta Billboard itu diukur berdasarkan jualan album sama ada dalam bentuk fizikal atau digital di serata Amerika Syarikat.

Kali terakhir, kumpulan wanita yang berjaya mengunggguli carta tersebut ialah melalui album Danity Kane berjudul Welcome To The Dollhouse pada tahun 2006.

Album BLACKPINK

The Album berjaya terjual sebanyak lebih 110,000 unit sepanjang minggu ia dilancarkan. Ia termasuk album fizikal sebanyak 81,000 unit serta 26,000 streaming atas talian yang menjadikan album mereka antara yang paling laris minggu lalu.

Menerusi The Album, Blackpink yang dianggotai Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo turut berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa seperti Selena Gomez dan Cardi B. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Sulung Sambung Belajar di Jepun, Aaron Aziz Berat Hati & Redha

Kedai Produk Apple Machines Mid Valley Ditutup, Sahkan Seorang Staf Positif COVID-19