in

Album Ayu OIAM Masih Belum Siap?

Kesian kat Ayu OIAM, sampai sekarang masih lagi tak keluar dengan album baru. Harap Ayu bersabar ya.

Dengarnya…: Mana album sulung juara OIAM?
BARU-BARU ini, seorang rakan Cik Normah yang boleh tahan cantiknya sempat duduk berbual dengan penyanyi berbakat besar, Ayu Damit daripada program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua.

Katanya, sekarang Ayu bukan saja lebih bijak bergaya, malah penyanyi dari Sabah itu juga semakin pandai membawa diri ketika berdepan dengan orang media. Eloklah tu.

Ayu dikatakan sempat jugalah meluahkan harapannya untuk melihat album sulung dikeluarkan Monkey Bone sebelum berakhirnya program OIAM musim ketiga ini.     

Kononnya, kesemua lagu sudah pun dirakam. Bagaimanapun ada ura-ura mengatakan, syarikat rakamannya ingin menambah senarai lagu dalam album itu, bagi memantapkan lagi percubaan sulung Ayu.

Bukannya apa, Ayu tidak dapat mengelak daripada dibelenggu kebimbangan. Dia risau sekiranya album itu lambat dipasarkan, peminat akan mula lupa kepada dirinya. Apatah lagi selepas munculnya juara baru program realiti terbabit.

Ketika peminat masih mengingati namanya, lebih-lebih lagi sewaktu dia juga dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 ini, ada baiknya juga album itu dikeluarkan sekarang. Cik Normah rasa, peminat Ayu pun tidak sabar hendak menikmati suara lantang penyanyi ini dalam album itu. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Karin Jadi Duta Produk Minuman Bertenaga

Wawancara Dengan Ashraf Sinclair Filem Saus Kacang