in , ,

Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran

[dropcap]S[/dropcap]etahun telah berlalu semenjak pasangan artis terulung Malaysia, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah bergabung tenaga menjayakan konsert amal anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) di Dewan Filharmonik Petronas. Walaupun mereka telah berjasama untuk membuat persembahan sebelum ini, konsert amal ini menjadi lebih istimewa kerana, buat ulung kalinya, kemantapan vokal Anuar dan Dayang telah dirakam, dan lahirlah album live yang dinanti-nantikan selama ini.

Album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas, diiringi oleh pemuzik-pemuzik hebat, di bawah pimpinan pengarah muzik, Jenny Chin, bersama penampilan khas oleh Mac Chew (Keyboards), Aji ( Guitars), Kelly ( Bass), Steve Thornton (Percussions), John Thomas (Drums) , and Eja & Widy (Penyanyi latar); telah menyemarakkan lagi kolaborasi seni kedua-dua artis dinamik ini.

Dayang sempat berkongsi bagaimana dia begitu gembira untuk berganding dengan Anuar dalam projek istimewa ini.

“Kami telah lama saling mengenali dan bersama berkecimpung dalam industri muzik. Semestinya, dia adalah seorang yang saya amat kagumi, dan tentunya salah satu daripada rakan duet kegemaran saya. Dayang adalah seorang yang sangat senang untuk saya bekerja dan berkongsi dengan, dia begitu berbakat dan saya amat berbesar hati dapat berkarya dengannya, lebih-lebih lagi untuk projek khas ini.”

Gabungan vokal Anuar dan Dayang begitu serasi dan mempersona, jadi tidak hairanlah persembahan mereka dalam album live ini akan terus memukau peminat muzik tanahair. Mereka juga berharap agar melalui album ini, peminat-peminat yang tidak dapat hadir ke konsert itu dapat merasai dan mendalami presembahan pada malam tersebut.

Album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas memuatkan sejumlah 14 lagu yang telah dipilih dengan teliti. 4 daripadanya adalah duet istimewa Anuar dan Dayang.

Kedua-dua artis ini turut memberitahu info terkini dalam karier masing-masing, semasa sidang akhbar yang diadakan di restoran Serai di Life Centre, Kuala Lumpur. Anuar berkongsi tentang video clip “Sempurnakan Aku”, sambungan dari video klip “Ajari Aku” yang dinanti-nantikan semua, boleh didapati eksklusif melalui iTunes bermula akhir bulan Mei ini, bersama dengan rakaman belakang tabir pembikinan video itu.

Bagi Dayang pula, dia baru sahaja merakamkan lagu ‘Bisikan Rindu’ untuk soundtrack drama bersiri terbaru Astro di Mustika HD, Dahlia. Beliau juga sibuk membuat persiapan untuk sebuah persembahan khas yang akan diadakan di The Venue, Pavillion, Kuala Lumpur pada 23 Jun 2013, jam 8.30 malam.

Anuar Zain & Dayang Nurfaizah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur

Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH