Selepas bekerja keras beberapa lama, akhirnya album ‘2 VOICES’ yang menggabungkan suara emas dari Malaysia dan Filipina iaitu Min Yasmin dan Nikki Bacolod akan dilancarkan di MANILA Philippines pada 23 Julai ini, bersamaan Hari Raya ke-7.
Berita ini disampaikan oleh komposer terkenal Julfekar di Facebook miliknya di mana antara katanya, beliau terpaksa berkorban demi sebuah perjuangan seni.
“Mungkin aku & My Bum akan tinggal lebih 3 minggu di Manila untuk memenuhi jadual promosi yang ketat.Moga berjalan lancar.. Doakan untuk kami k.. Terus support kami k.. Malaysia Boleh!”
Pelancaran ini juga turut melibatkan Radio Tour, Mall Tour & TV guesting.
Good luck buat Julfekar dan semua yang terlibat.