‘Break out’ dari alam nyata dengan BREAKOUT, dan alamilah pengalaman baru yang mencabar lagi menyeronokkan. BREAKOUT kini membawa para penggemar ‘real life escape games’ merasai pengalaman baru. BREAKOUT menawarkan ‘escape game’ pertama yang menggabungkan konsep lakonan peranan serta jalan cerita yang memberikan pengalaman yang menarik dan tidak dapat dilupakan.
BREAKOUT menjangkaui konsep biasa di mana pemain dikunci di dalam bilik gelap dan perlu melepaskan diri dengan hanya beberapa petunjuk. Di BREAKOUT, anda akan merasai adegan suasana sebenar seperti berada di dalam filem tersebut.
BREAKOUT mempunyai 4 bilik berlainan tema yang boleh memuatkan sehingga 6 orang pemain bagi setiap bilik. Pemain harus menyelesaikan segala tugasan mengikut jalan cerita yang telah ditetapkan dalam jangka masa 45 minit. Setiap tema mempunyai karakter yang berbeza dengan kebolehan tersendiri yang harus dimainkan oleh mereka yang terlibat untuk membantu ahli-ahli kumpulan mereka melepaskan diri dalam masa 45 minit yang ditetapkan.
Namun, anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang untuk memulakan penerokaan dengan harga tiket sebanyak RM38 setiap orang. Pada masa ini, BREAKOUT menyediakan 4 tema berlainan iaitu THE GREATEST MURDER OF WESTWOOD, MR OSWALD’S GREATEST SHOW, CHAMBER OF HOCUS dan THE INFINITY.
Pilihlah salah satu tema yang pasti membuat anda berasa teruja dan seronok.
THE GREATEST MURDER OF WESTWOOD
Seorang mayat rentung dijumpai di dalam tab mandi dengan kesan simbol pelik. Simbol ini menandakan bahawa ianya kes bunuh dan bukannya kemalangan. Anda dan rakan-rakan adalah detektif yang perlu mencuba menyelesaikan jenayah yang membingungkan ini!
MR OSWALD’S GREATEST SHOW
Mr. Oswald adalah boneka bertali terkenal yang diberi nyawa oleh seorang pembuat boneka misteri yang telah membangkitkan rasa ingin tahu semua orang. Malam Aksi Terhebat Mr Oswald ini, pembuat boneka tersebut akan mendedahkan identity sebenarnya. Namun, ia bukan semudah yang disangka….
CHAMBER OF HOCUS
Mr. Hocus seorang penipu terkenal yang telah mencuri berjuta-juta dolar dari orang kaya untuk diberikan kepada orang miskin. Di setiap tempat kejadian, timbulnya sekeping daun terup, “Hocus Pocus, who is the Hocus?” Anda harus mengungkai identitinya!
THE INFINITY
Sebuah bilik empat segi yang dibahagikan ini tiada batasannya. Cubalah cari jalan keluar. Biarpun nampak ringkas tetapi ruang yang penuh muslihat dan kelicikan ini akan mencabar kecerdikan anda!
Untuk membuat tempahan, hubungi Tempahan secara online
Facebook: www.facebook.com/Breakout.com.my
Instagram: @breakout_malaysia
Alamat: BREAKOUT, L2-16, Level 2, Avenue K, 156 Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
Layari: www.breakout.com.my