Bagaimanapun, dia yang mesra disapa Anju itu tidak menolak kemungkinan bahawa keguguran itu sedikit sebanyak kesan daripada melakukan suntikan ‘filler’ bagi membesarkan buah dada.
“Beberapa bulan lepas Anju mengandung tetapi keguguran. Bukan nak cerita kesian kat video ini, cuma nak beritahu. Tak ada rezeki kan, tapi Anju tengah cuba nak pregnant lagi…”
Nak buang ‘filler’ di payudara
Justeru, pelakon berusia 33 tahun itu terbuka untuk berkongsi pengalamannya apabila dia mengakui telah menyuntik ‘filler’ di bahagian payudara dan kini bercadang untuk membuangnya semula.
“Tujuan Anju share bukan nntuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness. Anju sendiri tengah lalui benda ni, so Anju nak share with you guys…”
“Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan ‘filler’ di bahagian dada. Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti…”
“Pilihan aku letak barang terlarang…” – Anju
Sementara itu, Anju berkata jangan salah anggap selain tidak menyalahkan pusat rawatan yang membuat rawatan ‘filler’ tersebut kerana ia adalah pilihannya sendiri.
“It was my choice untuk letak barang terlarang dalam badan aku. Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat aku pergi buat ‘filler’ dulu ya…”
Semoga segalanya dipermudahkan untuk Anju dan dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.
Sumber: Zarina Anjoulie