PELANCARAN KURMA ALABBASI- MUNIF HIJJAZ
Munif Hijjaz yang mewakili Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd (MHM) bergandingan bersama pihak Al-Abbasi (pemilik ladang kurma di Madinah) dan Golden Stream Trading untuk melancarkan produk kurma Madinah di Malaysia.
Ladang kurma yang dimilki oleh Dr. Abdurahim Al-Abbasi berlokasi di Madinah Al Munawarah, serta berdekatan pula dengan Bukit Uhud. Biarpun sudah 10 tahun berpengalaman di dalam industri perladangan di Saudi, nama yang asing di pasaran kurma Malaysia ini merancang untuk meletakkan produk kurma AlAbbasi sebagai jenama yang dekat di hati orang tempatan.
Manakala, MHM pula sudah sedia aktif memasarkan kurma jenamanya sendiri sejak tahun lepas, dan popular dalam kalangan penggemarnya untuk barangan lain seperti kopi dan minuman sedia bancuh. Dengan gabungan unik bersama ladang kurma milik Dr Abdurahim Al-Abbasi bersama Pengarah Urusan Golden Stream Trading, Cik Ireani Yaacob, MHM akan menjadi pengedar utama kurma Al-Abbasi dengan barisan agen-agen aktif di seluruh negara.
“Kami harap lebih ramai lagi rakyat Malaysia dapat menghargai dan menikmati buah yang enak lagi berkhasiat dari Madinah ini,” kata En Abdul Malek Manap, Pengarah Urusan Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd.
Terdapat 5 jenis kurma yang akan terjual merangkumi jenama Al-Abbasi Munif Hijjaz, iaitu :
* Ajwa Organik (Kurma Nabi)
* Safawi Premium
* Helwa
* Mabrum
* Mashruk
Jenama ini akan berada di pasaran pada 5 April kelak. Namun boleh ditempah melalui sekarang melalui agen-agen berdaftar MHM di munifhijjaz.com atau dibeli secara terus melalui pengedar-pengedar yang tersenarai di al-abbasidates.com.
Produk kurma Al-Abbasi Munif Hijjaz ini akan menampakkan jenis pek yang cantik bersama kandungan 350gram kurma, sesuai dijadikan sebagai buah tangan bersempena dengan kedatangan Ramadan kelak.
Kurma Madinah – apa keistimewaannya?
Kurma Madinah sering diwar-warkan sebagai yang paling berkualiti dan lazat kerana tekstur dan rasa kurma yang tidak sama seperti semua jenis kurma yang berada di pasaran, untuk lebih tepat lagi, kurma di tempat/negara lain.
Kurma Ajwa dan Barni (Mabrum & Mashruk) disebut di dalam hadis-hadis Rasulullah SAW sebagai kurma yang bagus dimakan untuk penawar kesakitan dan racun.
Dalam sahih Al Bukhari dan Muslim, diriwayatkan hadis dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqash, dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, baginda pernah bersabda:
“Barangsiapa memakan tujuh butir Ajwa pada pagi hari, maka hari itu ia tidak akan terkena racun mahupun sihir.
Sebaik-baik kurma kamu adalah al-Barni, ia menghilangkan penyakit dan tidak mendatangkan penyakit. (Perawi Abu Na’eem in Al- Tibb)
Kurma mempunyai nutrisi yang baik, terutama bagi orang yang mengamalkan kurma sebagai pendekatan sunnahnya seperti penduduk Madinah. Buah kurma memang sesuai untuk negara yang bersuhu panas kerana kandungan istimewa buahnya boleh menjadikan suhu tubuh lebih dingin.
Bagi penduduk Madinah, tamr (kurma yang kering) merupakan makanan pokok sebagaimana gandum bagi bangsa-bangsa lain. Kurma kering dari daerah Aliyah di Madinah merupakan salah satu jenis kurma terbaik kerana rasanya lazat dan manis. Kurma merangkumi jenis makanan yang bukan sekadar buah malahan juga sebagai penawar, lantas menjadikan ia sesuai dimakan oleh semua.
Spesifik kepada jenama kurma Al-Abbasi Munif Hijjaz ini, kurma-kurma yang dipek indah (jenis kurma dengan pek berlainan warna), ia adalah kurma asli dari Madinah, tidak diperap dengan gula tambahan seperti kebanyakan kurma di pasaran yang merosakkan persepsi kurma sebagai makanan Sunnah yang berkhasiat.
Ingat! Kurma Al-Abbasi Munif Hijjaz adalah Kurma Terbaik yang berasal Dari Madinah.
FB/Instagram : al_abbasidates
Laman sesawan : al-abbasidates.com, munifhijjaz.com