Kolaborasi ini membawakan selebriti popular, Alif Satar sebagai duta baju melayu dan kurta Al-Ikhsan Sports serta atlet pelumba basikal kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang.
Koleksi baju melayu dan kurta ini mengadaptasikan teknologi Pesak Ventech™ di mana konsep tersebut menggunakan material jenis “mesh” pada bahagian bawah lengan yang menjadikan koleksi ini anti peluh, cepat kering serta selesa dan berangin. Sesuai dengan cuaca di Malaysia terutama sekali pada bulan Syawal yang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti fizikal sepanjang hari. Bertepatan dengan slogannya – “Baju Melayu yang cool”, koleksi ini pastinya akan memberi si pemakai keselesaan sepanjang hari.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla,”Buat pertama kalinya Al-Ikhsan Sports telah mencipta koleksi di mana sukan memenuhi tradisi. Saya percaya koleksi ini akan menjadi pengubah permainan (game changer) yang lengkap untuk pasaran Malaysia dan juga akan mempunyai kaitan global pada masa hadapan. Ini juga adalah salah satu tanda terima kasih kami kepada para pelanggan yang sentiasa bersama kami sepanjang 30 tahun yang lalu.”
Baju melayu dan kurta Pesak Ventech™ ini membariskan 5 kategori iaitu baju melayu potong biasa (regular fit), baju melayu potong ‘slim’ (slim fit), kurta 3 butang, kurta 1 butang dan juga koleksi untuk kanak-kanak. Mempunyai 18 warna pilihan, kesemua koleksi ini dijual dari harga mampu milik iaitu RM99, RM129 and RM169.
Koleksi baju melyu dan kurta Iktikaf Alif ini boleh didapati di rangkaian kedai Al-Ikhsan Sports serta secara pembelian digital melalui laman e-dagang Al-Ikhsan Sports : HYPERLINK “http://www.al-ikhsan.com” www.al-ikhsan.com Untuk pelbagai informasi terkini mengenai “ON” serta promosi terkini Al-Ikhsan Sports, anda boleh layari akaun sosial media rasmi Al-Ikhsan Sports di Instagram, Facebook, TikTok, Twitter serta LinkedIn.