Berita pemergian penyanyi berusia 67 tahun itu dimaklumkan oleh Huraimi menerusi laman Facebook.
Difahamkan, allahyarham Mek Habsah atau nama sebenarnya Habshah Bakar menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, penyanyi Noorshila Amin turut memaklumkan berita sedih itu kepada orang ramai dan mendoakan agar arwah berada dalam kalangan mereka yang beriman.
Pada jam 10 pagi ini, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis 1.
Manakala, kira-kira 2.30 petang ini pula, jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islan Raudhatul Sakinah Taman Selasih Fasa 2, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Mek Habsah dikatakan terpaksa bergantung kepada pernafasan oksigen selepas disahkan mengalami sakit paru-paru sejak 20 tahun lalu oleh pakar.
Untuk rekod, Mek Habsah pernah melahirkan album atas siri Asam Pedas bersama Allahyarham Datuk Yahya Sulong dan Allahyarham Maidin sepanjang pembabitannya dalam seni.