Nasihat Sajat Buat Penyondol-“Aku Yang P*ndan Yang Cantik Ni Pun, Takkan Amik Laki Orang”
Sajat dikenali dengan perangai yang ‘masuk air‘ yang membuatkan ramai gemar memasuki apabila dia melakukan live di tiktok miliknya. Setiap kali menonton live Sajat, ada saja lawak yang dibuatnya sama ada mengenai isu semasa ataupun apa-apa perkara yang terlintas difikirannya yang dapat dijadikan topik bualan.
Sajat Nasihat Buat Penyondol Suami Orang
Ditiktok milik @Hazrinempire, berkongsikan video di mana Sajat memberi Nasihat kepada kaki penyondol terutamanya wanita yang gemar mengambil suami orang.
Menurut Sajat, wanita yang sering mengambil hak serta meruntuhkan rumah tangga orang lain demi mendirikan rumah tangga mereka sendiri adalah wanita yang tidak berperikemanusiaan.
Tambah Sajat lagi, walaupun beliau transgender, namun dia tetap memahami perasaan wanita diluar sana.
Sajat juga tidak mahu menyakitkan hati mana-mana wanita, jadi Sajat menasihati wanita diluar sana supaya menghormati lelaki yang sudah mempunyai keluarga agar tidak menjadi penyebab runtuhnya sesebuah perkahwinan itu.
Menurut Sajat lagi, wanita lebih selesa berkawan dengan golongan sepertinya, daripada berkawan dengan sesama wanita, kerana mereka khuatiri wanita lain akan menimbulkan sifat dengki serta ingin mengambil hak mereka.
Apa kata anda mengenai nasihat yang diberikan oleh Sajat?