in , ,

AKU YANG KAU TINGGALKAN Lakonan Ungku Ismail dan Siti Elizad

Bila Ungku Ismail Aziz dan Siti Elizad kembali ‘berpasangan’. Keserasian gandingan dua pelakon ini sebagai pasangan yang bersahaja menghidupkan watak utama tidak dapat dinafikan.

Gandingan serasi berdua sebelum ini pernah bersama-sama mencipta fenomena dalam drama bersiri adaptasi novel yang dilakonkan. Sepanjang Ramadan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama adaptasi novel “Aku Yang Kau Tinggalkan”, yang menyaksikan gandingan serasi mereka kembali hasil naskhahnovel karya Alina Haizar. 

Lakonan Siti Elizad dan Ungku Ismail Aziz.

Bersiaran selama 30 episod, drama ini diarahkan oleh Azridop dan merupakan terbitan Global Stations Sdn Bhd.

Selain Ungku Ismail Aziz, dan Siti Elizad Sharifuddin, drama bersiri disiarkan mulai 6 Mei ini, setiap hari, pukul 7.00 malam di TV1 turut dibintangi oleh Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Leeza Zain, Sharifah Husna.

Ikuti kisah ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Sebaliknya mereka berdua terdesak dan punyai alasan tersendiri. Ketika itu Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, begitu juga dengan Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun malangnya langit yang disangkakan panas hingga ke petang rupanya dibasahi hujan di tengahari. Akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. 

Nia nekad mengambil keputusan meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin. Nia berusaha mencapai matlamat untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

babak mesra Nia dan Zaril Ikhwan

Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin, Itali lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. 

Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yang dipendamkan itu? Ikuti kesudahannya dalam drama bersiri ini di TV1.

drama Aku Yang Kau Tinggalkan

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

pelakon Aku Yang Kau Tinggalkan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Filem JOHN WICK: CHAPTER 3 – PARABELLUM

Selebriti dan Usahawan Terkenal Dalam RESIPI VIP GLAMOR