Jika disebut nama Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, mungkin ramai yang kurang mengenali siapakah pemilik nama tersebut, namun kalau disebut Usop, mungkin ada yang teringatkan wajah serta suaranya.
Berasal dari Kulim, Kedah pemuda yang digelar Usop ini merupakan seorang penyanyi yang bakatnya dicungkil dari sebuah rancangan TV realiti popular sekitar setahun lalu.
Biarpun baru menginjak usia 21 tahun, Usop mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian dan mempunyai para peminat serta pengikutnya tersendiri.
Pernah muncul dengan single ‘Matahari’ serta ‘Nama Terindah’ dan pernah diberi peluang berganding dengan bekas juara Akademi Fantasia, Hazama lewat lagu ‘Saya Anak Malaysia’ dia kini kembali dengan sebuah lagu baru berjudul ‘Aku Yang Bersalah’.
Lagu berentak balada pop ini merupakan hasil karya penyanyi popular Haqiem Rusli bersama rakannya Fareez Fauzi. Seperti kebanyakan lagu berentak balada, lagu ini menceritakan tentang kisah cinta yang didustai dan dijangka menjadi kesukaan ramai.
Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.,
“Jika kita bercerita tentang Usop, perkara pertama yang bermain di fikiran saya ialah keunikan vokalnya dalam menyanyikan sesebuah lagu dan ditambah pula dengan cara nyanyiannya yang menyentuh perasaan. Saya yakin bakat yang dimiliki oleh Usop tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi-penyanyi lain di Malaysia. Saya harap peminat di luar sana akan memberikan sokongan padu terhadap Usop dan muzik yang dibawa.”
Single ‘Aku Yang Bersalah’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi. Selain itu, muzik video rasmi ‘Aku Yang Bersalah’ juga akan mula berada di saluran YouTube Rocketfuel Network bermula pada 26 Oktober 2018.
Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.
USOP EMERGES WITH ‘AKU YANG BERSALAH’
Usop sings the latest masterpiece conjured by Haqiem Rusli and Fareez Fauzi
Though the name Muhammad Saiful Naim Muhd Noor may not sound familiar to many, his nickname Usop however is sure to ring a bell. Hailing from Kulim, Kedah the young lad is slowly carving his name as a singer after being discovered on a popular local reality TV show some one year ago.
Though only 21 years of age, Usop has great talent in singing and has garnered his fair share of fans and followers. After releasing his earlier singles namely ‘Matahari’,‘Nama Terindah’and given the chance to collaborate with former Akademi Fantasia winner, Hazama through the song ‘Saya Anak Malaysia’, the determined vocalist emerges with a new song called ‘Aku Yang Bersalah’.
The pop ballad is composed and written by popular local singer Haqiem Rusli together with his friend Fareez Fauzi. Like many ballads, the song tells the tale of forlorn love and is expected to be a favourite among many.
According to Feros, the Head of Music Label, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.,
“If we talk about Usop, the first thing that comes to my mind is his unique voice and how he interprets a song. His singing style easily touches the heart of listeners. I am confident that his talents are not similar to other singers in Malaysia. I hope music fans will give their undivided support towards the music he bringsforth.”
‘Aku Yang Bersalah’ is fully produced by Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. And is expected to meet fans on the airwaves of Malaysian radio stations very soon. The official music video will be launched on Rocketfuel Network’s YouTube channel starting October 26th 2018.
The track can be downloaded on iTunes and also be used as a caller ring tone through various local telcos. It can also be heard through online streaming via platforms such as Raku, Spotify, Joox dan Apple Music
Tajuk Lagu : AKU YANG BERSALAH
Composer: HAQIEM RUSLI & FAREEZ FAUZI
Lyricist : HAQIEM RUSLI & FAREEZ FAUZI
Publisher: FMC MUSIC PUBLISHING SDN BHD
Salahkah diri ini menyintai dirimu
Sepi diiringi rindu yg mengalir
Aku ingin engkau hadir
Di dalam keputusanku
Kau terus memekar
Bunga di hatiku
Benar,benar ku sayang padamu
Sungguh rindu mengisi jiwaku
Dingin angin berhembus
Menghembus luka dihatiku
Adakah aku yang bersalah
Di dalam percintaan ini
Kau telah berjanji
Untuk mencintai
Tapi kau dustai
Haruskah ku mengundur diri
Menatap malam yang sunyi
Hatiku di mamah sepi
Ku rela kau pergi