in , ,

AKU SOLO Kisah Sebenar Kehidupan Rief Danial

AKU SOLO mengisahkan tentang seseorang yang tidak mempunyai teman di sampingnya dan berasa sunyi kerana tiada sokongan and motivasi untuk berjuang dalam hidup untuk mengejar cita-cita.

Walaupun begitu, dia masih tersenyum bagi menyimpan isi hati yang terpendam. Difahamkan, individu ini sudah menyendiri dalam masa yang agak lama kerana hati yang sudah tertutup berpunca dari dipermainkan oleh bekas kekasih.

Setelah mengecap kejayaan dan melonjak lebih tinggi ke hadapan, bekas kekasihnya hadir kembali untuk meneruskan hubungan yang putus di tengah jalan. Namun, pendirian yang teguh dan pengalaman pahit dalam percintaan telah mengubah persepsinya untuk tidak bercinta lagi. Sungguhpun begitu, kesunyian masih membelenggu dirinya. Begitulah sedikit berkisar tentang lagu ini, dan individu tersebut adalah dirinya sendiri, Rief Danial.

Rief mengatakan penghasilan lagu ini bermula apabila dia berkongsi hal peribadinya bersama Yonnyboii. Pada malam itu, saya sendiri pergi ke rumah Yonnyboii untuk menghasilkan sebuah lagu. “Yonnyboii bertanya tentang hal peribadi saya dan saya menceritakan semuanya. Dia nampak apa yang saya sedang hadapi, padahal saya sendiri tidak tahu bahawa saya berasa kesunyian kerana tiada pasangan di samping saya. Saya menceritakan semua masalah saya tetapi dia hanya nampak masalah pasangan yang dihadapi oleh saya” kata Rief.

“Bagi dia, masalah itu lebih menunjukkan siapa diri saya yang sebenar dan memberi impak yang kuat terhadap dia untuk menghasilkan lagu tersebut. Dia juga berkata bahawa ramai lagi orang yang hadapi apa yang saya hadapi, tetapi tiada siapa lagi yang menyuarakan tentang hal ini. Namun, di situlah tercetusnya lagu ini dan tajuk pertama yang kami letak untuk lagu ini adalah “Single”. Ini adalah tajuk draft pertama yang kami keluarkan” jelas Rief lagi.

Semasa proses rakaman lagu ini, Rief menyatakan dia perlu mengubah cara nyanyian mengikut rentak lagu kerana sebelum ini dia lebih ke arah genre balada, namun kerana Yonnyboii merasakan kehadiran Rief memberi impak yang positif dan kegembiraan kepadanya lalu dia menggubah lagu ini dengan genre pop dan riang.

RIEF DANIAL

“Alhamdulillah, selepas saya dapat rentak nyanyian dan cara saya tersendiri dalam lagu ini, saya dapati bahawa lagu ini memang kena sangat dengan diri saya dan lagu ini juga mempunyai melodi yang sangat unik yang boleh menangkap perhatian pendengar”, kata Rief.

Rief menyatakan harapannya adalah untuk semua pendengar merasai dan cuba untuk memahami satu per satu lirik dan melodi yang telah dihasilkan. “Percayalah, anda akan rasa apa yang saya rasa. Saya juga berharap agar semua pendengar dapat menerima lagu ini dengan baik dan dengan izin Allah, harap-harap lagu ini akan diminati ramai dan boleh memberi impak yang positif dan kuat kepada pendengar. Sama-sama kita menyuarakan apa yang kita rasa”.

AKU SOLO kini sudah tersedia di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, KKBox, Deezer dan Joox dan video muzik akan ditayangkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 26 FEBRUARI jam 9 malam.

RIEF DANIAL
RIEF DANIAL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Mysteries Of The Mekong, Jelajah Lima Negara Asia

Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Kini Boleh Ditonton Secara Eksklusif di iQiyi