in ,

“Aku Pun Ada Silap,” Zarina Anjoulie Umum Sudah Berdamai Dengan Kak Mel

Baguslah tu berdamai. Tak elok bergaduh lagi pulak musim Covid ni macam-macam lagi bala Allah turun sebab putuskan silaturrahim.

Dalam ketegangan terpalit dengan kontroversi artis positif bahan larangan, Anju  lebih tenang berhadapan dengan provokasi orang ramai yang mahukan jawapan daripadanya. Pun begitu, campur tangan daripada bekas PA Datuk Aliff Shukri bernama Kak Mel ibarat mengeruhkan keadaan. Ia berlaku gara-gara sebelum ini dia menyifatkan aktres berkenaan tidak layak disanjung selain melabelnya sebagai ‘sampah masyarakat’.

Hari ini, Zarina Anjoulie memaklumkan bahawa dia dan bekas pembantu peribadi Dato Sri Aliff Syukri, Melati Abd Ghani atau lebih dikenali sebagai Kak Mell telah pun berdamai. Perkara itu dimaklumkan oleh Anju menerusi hantaran di laman Instagramnya pada pagi tadi.

Namun pada awalnya, Anju ada memuat naik posting bahawa kedua-duanya sudah berdamai daripada pertelingkahan itu. Apalagi mengenangkan status masing-masing sebagai seorang ibu yang mempunyai anak, ia boleh dianggap sebagai pertelingkahan mengaibkan. Justeru, dia turut membuat permintaan maaf kepada pengikutnya yang lain.

“Takde faedah nak gaduh.aku dengan dia pun dua-dua ada anak..malu diorang tengok mak-mak gaduh macam ini. Pada followers Anju, Anju minta maaf ya semakkan korang tentang isu ini” tulis Anju.

Zarina Anjoulie Umum Sudah Berdamai Dengan Kak Mel

Bagaimanapun, menerusi carian Murai.my terkini mendapati hantaran tersebut telah pun dipadam. Susulan itu, di laman Insta Live nya, Anju tampil menjelaskan lebih lanjut. Menurut Anju, dia telah menghubungi Melati bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai  punca perbalahan mereka seterusnya memohon maaf atas apa yang berlaku sebelum ini.

Akui Anju, sebelum ini dia pernah mengutuk dan mengecam tindakan Melati namun selepas menyedari status mereka sebagai seorang ibu, Anju mengambil keputusan untuk melupakan persengketaan tersebut. Namun begitu, Anju berkata dia akan memberi tempoh selama seminggu kepada Melati untuk tidak mengungkit kembali sebarang persengketaan mereka.

Sekiranya dia gagal berbuat demikian, Anju berkata dia tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang tanpa perlu mendedahkannnya kepada umum.

“Zaman sekarang banyak ular pandai berdrama nak lepaskan diri,”

– KAK MEL

Melati Terkejut Dengan Tindakan Anju

Menjengah ke laman Instagram Melati, usahawan ini berkongsi beberapa hantaran yang terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Anju. Jelas Melati, dia tidak menyangka pelakon itu akan membuat video secara langsung di laman Instagram kerana difahamkan berdasarkan perjanjian mereka tiada sebarang muatnaik akan dimuatnaik selepas itu.

Zarina Anjoulie Umum Sudah Berdamai Dengan Kak Mel
Zarina Anjoulie Umum Sudah Berdamai Dengan Kak Mel

Dalam kemaskini terbaharu, Anju sekali lagi memohon maaf sekiranya Melati telah menyalah sangka mengenai video secara langsung yang dimuatnaiknya. Enggan terus bertelagah, Anju turut mendoakan agar perniagaan Melati berjaya.

Zarina Anjoulie Umum Sudah Berdamai Dengan Kak Mel

Melati telah berkongsi status yang dimuatnaik oleh seorang pengikut Zarina yang memerlinya berikutan wajah Anju menjadi muka hadapan sebuah akhbar tempatan. Bagaimanapun, Melati membidas kembali kenyataan tersebut kerana beranggapan individu seperti nya tidak layak untuk berada di wajah hadapan akhbar berkenaan.

*Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Naim Daniel Kumpul Rakan Seangkatan ‘Childhood Actors’ Bantu Hulur Bantuan

Penyanyi Zaman 80-an, Azman Idris Meninggal Dunia