Puteri Sarah dikatakan tidak dapat hadir pagi tadi kerana ada urusan lain yang melibatkan kerjanya di luar negara dan mahkamah telah menetapkan tarikh baru untuk sebutan kedua tuntutan yang difailkan itu pada 8 Mei nanti.
Syamsul juga mengatakan yang dia terima dan reda dengan apa saja keputusan bagi Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk kes penceraian pada Isnin depan apabila ditanya pihak media.
Buat masa ini, tiada lagi sebarang kenyataan daripada Sarah tapi dia ada memuat naik IG Story dengan meletakkan lagu dari Judika yang bertajuk Setengah Mati Merindu seolah merindukan seseorang ataupun sesuatu.
Tidak tahulah apa yang mahu disampaikan Sarah menerusi lagu itu atau ianya hanya ‘random’ saja.
Apapun, semoga yang baik-baik saja buat kedua-dua pasangan selebriti ini. Kita sebagai orang luar jangan jadi batu api. Apapun, biarkan mereka sendiri yang berfikir dan buat sesuatu keputusan.