Pusat Beli Belah Alamanda telah kembali dengan Karnival VIKids yang dinanti-nantikan oleh pengunjung, berlangsung mulai dari 23 Februari hingga 10 Mac 2024. Keberadaan karnival ini sejajar dengan cuti sekolah dan kempen yang akan berlangsung selama 17 hari, menawarkan pengalaman yang mendalam bagi ahli VIKids dan keluarga mereka.
Ruangan “Centre Court” telah disulap menjadi arena karnival yang meriah, didekorasi dengan khemah berwarna putih dan merah yang menawan, menjadi pusat perhatian bagi pelbagai permainan karnival yang menghiburkan, permainan arked, serta aktiviti kraf dan seni bina. Kemeriahan terasa lebih menggema dengan persembahan karnival yang menarik yang diadakan setiap hujung minggu.
Pengunjung dijemput untuk menyertai karnival ini dan menyelami atmosfera yang penuh keceriaan dan keghairahan. Dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang tersedia, setiap anggota keluarga dapat menikmati pengalaman yang berkesan dan menyeronokkan di Karnival VIKids Alamanda.
Selain dari kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan, daya tarikan karnival tidak hanya tertumpu kepada itu sahaja. Ahli VIKids berpeluang untuk menikmati ganjaran yang menarik melalui “Shoppers Rewards Programme”. Dengan setiap pembelian melebihi RM300 di mana-mana kedai terpilih, mereka layak menerima selimut kanak-kanak eksklusif ‘We Bare Bear’ yang disponsor oleh Miniso.
Bagi yang ingin menyertai karnival ini, ahli VIKids berpeluang untuk menebus sekeping karnival pas harian secara percuma, membolehkan mereka mengakses pelbagai aktiviti, permainan, dan ganjaran percuma yang ditawarkan. Dari kereta kuda putar yang mengasyikkan, permainan karnival yang seronok, hingga gula-gula kapas dan aktiviti melukis muka, karnival ini menjanjikan pengalaman yang menarik bagi anak-anak kecil yang hadir.
Kanak-kanak yang bukan ahli VIKids berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli dengan pembelian yang bernilal sekurang-kurangnya RM50 di dalam satu resit.
Setelah menyelesaikan aktiviti kraf seperti membuat Kincir Angin Berwarna, Membina & Mewama Pesawat Kayu dan juga aktiviti mewarna, ahli VIKids juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti botol air tajaan Miniso melalui Roda Hadiah.
Pada hujung minggu, karnival ini akan menampilkan persembahan menakjubkan seperti seni reka bentuk belon yang akan dibuat oleh badut selain dari persembahan juggler’ yang menarik, dan pertunjukan ahli silap mata yang memukau.
Francis Tan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd mengulas, “Karnival VIKids direka khas untuk memberikan keseronokan yang selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak semasa musim cuti sekolah selain daripada mencipta memori yang berkekalan untuk seisi keluarga. Kempen ViKids ini dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ianya adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada pelanggan setia kami”.
Pusat Beli-Belah Mesra Mall Membawakan Karnival Vikids Yang Unik
Pusat Beli-Belah Mesra Mall di Kemaman menganjurkan Karnival VIKids mereka bermula dari 18 hingga 22 Februari 2024, menawarkan pengalaman yang unik dan menyeronokkan dengan kerjasama Zoo Hobi Peliharaan Eksotik.
Sepanjang tempoh kempen yang akan berlangsung selama 5 hari, “Sports Lobby” yang dimeriahkan dengan suasana karnival yang girang dan berwarna-warni, akan menjadi sebuah taman haiwan peliharaan di mana para keluarga berpeluang untuk berinteraksi dengan haiwan melalui sesi memberi makan, dan pertunjukan haiwan yang menarik.
Bermula dari 20 sehingga 22 Februari, ahli VIKids berpeluang untuk menyerlahkan kreativiti mereka melalui bengkel kraftangan, bengkel cetak cap jari, bengkel membuat pasu bunga menggunakan kapas dan juga bengkel kraftangan membuat katak menggunakan kertas.
Bagi pengalaman yang lebih menarik, pembeli yang membelanjakan RM50 atau lebih dalam satu resit di mana-mana kedai terpilih boleh menebus set seni atau alat tulis bagi menawarkan pengalaman cuti sekolah yang lebih kreatif.
Pada 22 Februari, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah berlangsung, dan pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori (4-8 tahun dan 9-12 tahun). Peserta yang mempamerkan bakat seni mereka untuk berpeluang memenangi hamper eksklusif.
Untuk info lanjut layari:
Alamanda:
- www.alamanda.com.my/
- www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
Mesra Mall:
- www.mesramall.com/
- www.facebook.com/MyMesraMall