Kerajaan hari ini membenarkan orang ramai untuk melakukan aktiviti sukan air dan kolam renang, walaubagaimanapun kebenaran itu berkuatkuasai mulai 25 Jun ini.
“Aktiviti latihan renang (termasuk terjun dan menyelam) dibenarkan di kolam renang mengikut sesi ditetapkan dan dihadkan bilangan orang pada satu-satu sesi mengikut kapasiti kolam renang.
Antara kolam renang yang dibenarkan adalah kolam renang persendirian di kediaman, komuniti berpagar serta kolam renang awam di hotel dan kelab rekreasi.
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Dato Seri Ismail Sabri berkata terdapat SOP yang perlu dipatuhi antaranya tiada sentuhan fizikal antara para perenang.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.