in

Aksi Komedi Muzikal dalam Apa Tengok-Tengok

APA TENGOK-TENGOK: GABUNGAN PAPARAN AKSI, KOMEDI DAN MUZIKAL YANG MENGHIBURKAN DAN PENUH BERMESEJ.

Sebuah lagi filem yang pastinya bakal menarik minat golongan muda di luar sana yang sering menginginkan ketrampilan baru dalam pengisian sesuatu filem itu. Seperti sudah mengerti kecenderungan mereka ini yang mempuyai kumpulan kelompok yang meminati filem sama ada bergenre aksi, komedi atau muzikal, Venture Hills Film Production tekad menyatukan ketiga-tiga elemen tersebut dalam erti kata lain menggabungkan kumpulan kelompok generasi muda tersebut untuk bersatu menonton satu filem yang sama.

Apa Apa Tengok

“Inilah kelainan yang kita tampilkan dalam filem ini. Mereka yang meminati genre aksi, komedi mahu pun muzikal, dapat menghayati ketiga-tiga genre sekaligus yang semestinya bakal memberi satu kepuasan yang nyata”, kata awalan dari Produser filem Apa Tengok-Tengok, Susan Goh.

Memetik pengisian dalam filem ini pula, Susan menerangkan ianya memang khas dibikin untuk golongan remaja. Mengambil latar penceritaan pelajar-pelajar sekolah menengah, ianya dapat mendekatkan mood penghayatan filem ini terhadap remaja itu sendiri. Jalan ceritanya juga mengaitkan satu kisah yang sering terjadi di mana-mana sekolah sekalipun seperti perselisihan dengan rakan-rakan kelas, ketidakpuasan terhadap guru, keprihatinan guru kepada pelajar-pelajar dan sebagainya. Namun, Susan tegas membantah jika dikatakan filem ini mengajar perkara negatif kepada golongan remaja.

“Setiap filem yang dihasilkan pasti akan meninggalkan kesan di hati penonton. Begitu juga untuk filem Apa Tengok-Tengok. Filem ini memaparkan isu masalah disiplin pelajar di sekolah yang sering menggusarkan banyak pihak. Sebagai penggiat filem, kita cuba membantu masalah ini dari penjuru kita sendiri. Namun kita sedar, golongan remaja tidak menggemari filem yang cuba mengajar mereka untuk hidup. Sebab itulah filem ini digarap dengan mesej yang akan menyentuh hati mereka secara lembut. Sambil bergelak ketawa, teruja dengan aksi-aksi dipaparkan dan terhibur dengan muzikal, mereka pasti akan terfikir jua mesej sebenar yang ingin disampaikan di pengakhiran cerita ini”, ulas Susan lagi.

Filem Apa Tengok-Tengok yang mendapat sentuhan dari pengarah Roy ini menampilkan pelapis-pelapis baru seperti Iqbal Mazlan, Chomatt Samad dan Gracie selain dibantu oleh senior-senior berpengalaman termasuklah Datuk Jalaluddin Hassan, Kuswadinata, Zulkifli Ismail, Sathiya, Accapan, Datuk Arumugam (Alleycats) dan ramai lagi.

Pertaruhan produksi ini yang meletakkan banyak muka-muka baru tidak menggugat keyakinan mereka terhadap penerimaan filem ini pada masyarakat. Susan menjelaskan bahawa filem ini mempunyai kekuatan dari segi penceritaannya yang mampu menghidupkan setiap karektor dengan baik. Pemilihan pelakon juga dilakukan secara teliti walaupun ramai muka baru ditonjolkan supaya kualiti filem tetap terjaga. Selain itu paparan aksi-aksi seperti pergaduhan dan drifting turut dimuatkan bagi memenuhi kriteria yang diingini remaja untuk sesebuah filem itu malahan gubahan lagu-lagu yang diselitkan dalam filem ini juga sangat catchy dan sememangnya mengikut trend  remaja zaman ini. “Sekiranya kita mahu mempelawa anak-anak muda untuk menonton filem kita, sediakanlah apa yang mereka suka namun pastikan ianya membawa kebaikan kepada mereka”, ujar Susan lagi.

Filem Apa Tengok-Tengok yang akan berada di pawagam bermula 27 Oktober ini membawakan anda kepada pergelutan remaja-remaja sekolah yang cuba mencari jati diri mereka sendiri. Asakan nafsu dan telusan minda sering bertitik tolak menjadikan mereka semakin goyah untuk berada di atas kaki sendiri. Namun jauh di sudut hati mereka tetap ada satu pegangan yang bakal merubah masa depan mereka. Saksikan kesudahan kisah anak-anak remaja ini!

Apa Apa Tengok

Apa Apa Tengok

Apa Apa Tengok

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pusingan Separuh Akhir Ratu Jumbo 2011

Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2011