in

Aksi Couple Bercuti di Cameron Highland Dalam Xpresi Kembara

AKSI COUPLE BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND DALAM XPRESI KEMBARA TV1

Destinasi percutian Tanah Tinggi Cameron Highland pastinya kedengaran sinonim menjadi pilihan masyarakat Malaysia untuk meluangkan masa beristirehat sambil melawati kawasan-kawasan menarik di sekitarnya termsuklah mengunjungi ladang teh dan strawberi yang popular di negara kita.

Begitu pun situasi ini pastinya berbeza di kalangan peminat setia Kumpulan Couple antara kuartet indie terawal yang ditubuhkan di Malaysia dan lebih sedekad Couple bergiat di pesisiran dunia muzik tanahair berkunjung ke destinasi sama memperkenalkan lokasi-lokasi menarik di Cameron Highland menerusi program menarik berkonsepkan travelogue yang menjemput band-band indie mengunjungi destinasi-destinasi menarik di seluruh negara, program Xpresi Kembara di TV1.

Diangkat sebagai antara kumpulan yang dilihat paling aktif memeriahkan industri muzik negara masa kini, keramahan dan aksi menarik Aidil Mohd Rusli pada posisi vokal dan rakan-rakan Couple nya, Masrin Mohd Noor (bass), Shahrin Ismail (dram) dan satu-satunya ‘bunga’ penyeri kumpulan ini, Arianna Adnan di posisi pemain gitar dapat diikuti peminat dan pendengar yang meluangkan masa menonton program majalah hiburan terbitan Unit Hal Ehwal Awam RTM ini.

Selain memberi ruang kepada peminat-peminat muzik indie mengenali artis kegemaran mereka dengan lebih dekat lagi, program ini dilihat secara tidak langsung menyumbang kepada memajukan sektor pelancongan dalam negara ini di mana menerusi siarannya pada 10 Oktober 2009 (Sabtu), jam 10.31 pagi di TV1, Couple berkongsi kenangan indah bercuti di beberapa lokasi menarik sekitar Cameron Highland, Pahang itu.

Aktiviti menarik dilakukan mereka termasuklah gelagat empat sahabat yang berkongsi minat dalam muzik ini singgah di Lata Iskandar untuk menikmati permandangan indah air terjun.

Sepanjang berada di Cameron Highland, Cople turut berkesempatan mengunjungi Galleria Time Tunnel yang juga galeri sejarah tentang pembukaan kawasan tanah tinggi yang sentiasa menerima kunjungan orang ramai itu sepanjang tahun. Apatahlagi di situ terdapat banyak barangan lama dan antik yang masih lagi terpelihara sejarahnya.

Kemudiannya mereka singgah pula mengunjungi kawasan Kaktus Valley dan pastinya kesempatan yang ada digunakan untuk melihat kepelbagaian jenis kaktus yang unik. Malah istimewanya terdapat pokok kaktus yang berusia lebih 70 tahun di situ yang ingin ditunjukkan Couple kepada peminat-peminat setia mereka.

Aktiviti santai mereka turut singgah ke Ladang Teh Bharat di samping sempat merakamkan klip video selingan dengan lagu hits mereka, Menarilah Hey. Mereka juga tidak melepaskan peluang keemasan untuk cuba memetik daun teh secara tradisional dan menikmati teh berlatar permandangan ladang teh yang indah.

Kesempatan yang ada juga digunakan mereka melawat sekitar kebun bunga dan sayur di Taman Agro MARDI sinilah masing-masing anggota Couple begitu teruja untuk melihat proses membuat jem strawberry. Kemuncaknya apabila singgah mengunjungi Tuan Haji Khairani Strawberry Farm, mereka masing-masing berpeluang memetik sendiri buah strawberry sebelum menunjukkan kemahiran membuat demonstrasi yang dinamakan mereka Strawberry Coklat Couple. Malah kunjungan terakhir mereka singgah di KEA Farm untuk membelikan ole-ole sebagai kenang-kenangan mengunjungi destinasi bercuti yang menarik pilihan ramai itu. 

Kepada anda yang ingin menyaksikan gelagat anak-anak muda ini bercuti di kawasan tanah tinggi Cameron Hinghland, usah ketinggalan mengikuti Xpresi Kembara bersama Couple pada 10 Oktober  2009 (Sabtu), jam 10.31 pagi di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Xberry Party Celcom BlackBerry® Curve™ 8520

Zed Zaidi, Fiz Fairuz, Zaryn Minn Dalam Drama Anum