Namun, buat masa sekarang, kesibukan menjadi penghalang di mana Akim terlibat dengan program Mentor Milenia.
Akim nampaknya tidaklah terlalu terdesak untuk pergi berbulan madu kerana bagi beliau berada di Malaysia yang aman ini sudah cukup nyaman dan selesa.
Apa-apa pun, Akim kata dia akan meminta persetujuan juga dengan Stacy untuk keluar negara pergi bercuti makan angin sekali sekala untuk melepaskan stress dan menenangkan jiwa.
Semasa Mentor Milenia yang lalu, Akim ada bergurau-gurau yang dia akan mendapat baby. Waahh… semoga sukses yok!