in ,

Akim Ahmad, Hazama, Black Hanifah & Tomok Bergabung dalam Lagu SUARA LICIK

Empat penyanyi dengan empat karakter vokal yang berbeza bergabung. Memang meletup!

Itu yang dapat digambarkan menerusi kerjasama empat penyanyi lelaki hebat tanahair ini. Akim Ahmad, Hazama, Black Hanifah dan Tomok nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Bermula dengan zero sebagai budak hingusan yang menghadiri uji bakat pelbagai program realiti, kini mereka sudah berada di kelas tersendiri.

Satu persatu kejayaan yang diraih, membuktikan kerja keras dan kesungguhan mereka dalam mengabdikan diri sebagai anak seni seterusnya mencipta jenama tersendiri.

Akim Ahmad, Hazama, Black Hanifah & Tomok Bergabung dalam Lagu SUARA LICIK

Impian untuk menyaksikan gabungan keempat penyanyi ini beraksi dalam persembahan berskala besar iaitu konsert masih belum terlaksana ekoran penangguhan konsert 4G’s yang sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April lalu di Istana Budaya akibat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam perkembangan terkini, konsert tersebut dijadualkan berlangsung bulan depan pada 11 dan 12 Disember.

Mengikut perancangan yang telah dibuat, Akim, Hazama, Black dan Tomok bakal menyanyikan sebuah lagu baru yang dicipta khas untuk dipersembahkan pada konsert itu. Namun, bagi memenuhi permintaan peminat, lagu yang sudah siap dirakam itu bakal dilancarkan secara rasmi esok.

Lagu berjudul “Suara Licik” hasil ciptaan Taja dan lirik oleh Ana Raffali itu diterbitkan juga oleh Taja.

Akim yang juga merupakan vokalis kumpulan Akim & The Majistret berkata, lagu itu sangat unik.

Akim Ahmad, Hazama, Black Hanifah & Tomok Bergabung dalam Lagu SUARA LICIK

“Rakaman lagu ini sangat unik. Lagu ini dihasilkan oleh Taja (Meet Uncle Hussain) dan lirik pula oleh Ana Raffali. Melodi dan lirik lagu ini sangat bagus. Saya amat gembira dapat menyanyi dan merakam lagu ini bersama tiga rakan lain. Kebetulan ketika itu kami nak ada konsert, jadi perlukan satu lagu baru yang dinyanyikan bersama. Jadi karya ini sangat menarik untuk kami persembahkan kepada peminat.

“Diakui, merakamkan sebuah lagu bersama Hazama, Black dan Tomok memberi pengalaman luar biasa. Sebab masing-masing ada karakter dan keunikan suara tersendiri. Mereka semua penyanyi yang bagus. Sejujurnya, saya teruja bekerjasama dengan mereka dalam projek ini. 

“Apabila bekerja dengan kawan-kawan, kita tak ‘stress’ kerana masing-masing berikan kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Malah, kami cuba memberikan yang terbaik dalam sesi rakaman,” katanya.

Setelah tarikh baru bagi konsert 4G’s telah ditetapkan, Akim teruja untuk mempersembahkan lagu baru itu pada skala yang besar.

“Pada hari konsert nanti, harapnya lagu ini dapat memenuhi cita rasa semua peminat dan mereka menikmati nyanyian daripada kami semua. Saya harap selepas ini peminat akan terus menyokong konsert dari kalangan artis tempatan. 

“Tanpa penyokong dan peminat, rasa sunyi bila di atas pentas. Bila peminat ada, ia menyuntik semangat yang besar untuk kami sampaikan perasaan dan bait-bait lirik dalam persembahan setiap lagu,” katanya.

Senada dengan Akim, Black mengakui gembira dapat bekerjasama dengan Akim, Tomok dan Hazama.

“Perasaan sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan sahabat yang sama-sama suatu ketika dahulu membina nama dalam industri. 

“Komitmen dan semangat yang diberikan mereka bertiga menunjukkan yang mereka juga berasa tidak sabar untuk lagu ini diputarkan. Malah, tidak sabar nak dipersembahkan secara langsung pada konsert.

“Alhamdulillah, kami sudah pun mendapat tarikh baru konsert yang tertunda ini. Insya Allah, kalau tiada aral melintang pada bulan depan 11 dan 12 Disember akan berlangsung konsert 4G’s,” katanya.

Bagi Tomok pula, kali pertama bekerjasama dalam lagu bersama tiga rakan penyanyi lain sesuatu yang menarik dan istimewa. 

“Alhamdulillah, lagu ini sangat istimewa sebab saya rasa ini pertama kali kami digabungkan bersama dalam satu lagu. Sebenarnya, bergandingan dengan semua sahabat saya ini satu perkara yang sangat menarik. Benda susah jadi menarik sebab kami tolong antara satu sama lain. 

“Jadi, hasilnya menarik sebab semua kawan-kawan dalam ini. Sepatutnya, lagu kami dipersembahkan pada konsert tempoh hari, tapi disebabkan Covid-19 terbatal namun ia tak mematahkan semangat kami untuk teruskan konsert itu. 

“Pada malam konsert itu nanti, kami akan persembahkan kepada semua. Saya sangat ‘looking forward’ pada lagu ini supaya ia diterima dan dekat di hati peminat. Saya harap lagu ini dapat sokongan semua,” katanya.

Sementara itu, Hazama menyifatkan kerjasama dengan Akim, Tomok dan Black saling memberi tunjuk ajar.

“Pengalaman bersama mereka bukan sahaja dalam lagu ini malah semasa kami bersama-sama di dalam industri. Ketiga mereka ini banyak memberi tunjuk ajar serta boleh menerima pandangan antara pihak yang lain.

“Mereka tidak kedekut memberi ilmu serta memberikan komitmen yang sangat tinggi sewaktu merakamkan lagu ini. Kami juga bukan sahaja sahabat dalam indusri malah sangat rapat di luar pentas,” katanya.

Lagu ini bakal dilancarkan di semua platform digital muzik dan boleh mula distrim mulai esok, 27 Disember ‘20.

Sementara itu, video lirik lagu “Suara Licik” bakal dilancarkan secara rasmi pada pukul 3 petang esok di saluran YouTube Nova Music Videos https://youtu.be/xer589_tVYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Da’i Syed Ditahan Kerana Dakwaan Rogol, PU Abu Minta Netizen Tidak ‘Double Standard’

Menteri Agama Siap ‘Video Call’, Doakan Alif Satar Sembuh Covid-19