Bob Lokman kini telah pun selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu ‘Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan kini sedang berada di kediamannya di Kubang Kerian, Kelantan.
Bagi yang tak tahu, Bob Lokman ini telah mencipta banyak lagu-lagu rock tempatan popular sekitar tahun 80 an dulu salah satunya Taman Rashidah Utama yang sampai sekarang menjadi pilihan utama masa Karaoke.
Salah satunya adalah lagu Taman Rashidah Utama, lagu menjadi pasti siulan dan akan menjadi pilihan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur biarpun usia lagu ini telah mencecah lebih 30 tahun.
Bagi golongan muda yang tak tahu, lagu Taman Rashidah Utama yang dialunkan kumpulan Wings, ini merupakan hasil nurkilan Bob Lokman dan ia sebenarnya berkisar tentang kisahnya sendiri.
Untuk pengetahuan Taman Rashidah Utama ini memang wujud, ia merupakan satu kawasan perumahan yang terletak yang terletak di Senawang kira-kira 10 km dari Seremban.
Kisah di Sebalik Lagu
Lirik punyalah jiwang takkanlah pasal perumahan kot? Mesti korang yang tak tahu dan ingatkan lagu ni untuk wanita yang nama dia Rashidah kan? Salah!
Sebenarnya, ketika Bob Lokman berusia lewat 20 an, dia terjumpa dengan gadis berusia 14 tahun ni sebab gadis ini pernah singgah ke stuudio bersama rakan-rakannya untuk bertemu kumpulan Wings.
Dan ya! Gadis itu tinggal dekat Taman Rashidah Utama, Senawang ni. Pada waktu itu Bob sanggup travel ke Seremban setiap hari untuk perhatikan gadis itu dari jauh, tengah tunggu bas ke sekolah setiap pagi.
Kata Bob pada waktu itu dia memang rajin dari KL ke Seremban sebab Wings memang selalu berlatih unntuk studio muzik mereka disitu.
“Saya sanggup tunggu dia habis sekolah. Saya rancang nak jumpa mak ayah dia untuk masuk meminang,”
– Bob Lokman
Tapi sayangnya crush Bob tu tak ada sebarang perasan kepadanya. So, korang dah faham sikitkan kenapa lagu ini macam ada elemen-elemn heartbroken sikit kan?
Pinangan Ditolak!
Walaubagaimanapun, Bob Lokman tak berputus asa, dia tetap meneruskan rancangannya untuk meminang gadis tersebut. Tapi…
Kata Bob sambil tergelak bila teringat peristiwa tu…
“Pinangan saya ditolak. Luluh hati saya”.
– Bob Lokman
Namun begitu, walaupun pinangan ditolak, Bob masih lagu ulang alik ke Seremban dan melalui kawasan perumahan Taman Rashidah Utama tu untuk perhatikan crush dia.
Bersemuka Semula Sebagai Kawan
Lepas Bob dah move on dan masing-masing dah bawa haluan sendiri, Bob dengan bekas crush dia masih lagi berkawan baik dan wanita itu pun dah mencipta nama dalam dunia lakonan.
Aida Aris lah wanita yang dimaksudkan itu,
“Kami ada jumpa sekali sekala ketika saya masih aktif dalam industri hiburan, kami tergelak bila teringat balik waktu tu.
Aida ada suggest untuk jadikan kisah kami sebagai, tapi idea kami ditolak,”
– Bob Lokman
Bob Lokman yang kini mempunyai 8 orang cahaya mata menjelaskan bahawa lagu Taman Rashidah Utama ini bukan sekadar lagu mengenai hati yang hancur.
Ia adalah peringatan berterusan bahawa jika semua yang kita lakukan datang dengan tulus dari hati, ia akan membawa kita ke suatu tempat yang tidak pernah kita harapkan.