Pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan rumah tangga dengan juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara, Aliff Adha, berkecai sejak Mei lalu. Sharifah Sakinah berkata, dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.
“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,”
– Sharifah Sakinah
Sebelum ini, tersebar kisah konon Aliff secara terbuka menggunakan aplikasi ‘dating’ untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.
Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Ditanya apakah perpisahan itu berpunca orang ketiga, adik kepada Sharifah Shahira ini menafikan perkara itu.
“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.
“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,”
– Sharifah Sakinah
Terdahulu, status rumah tangga adik kepada Sharifah Shahirah ini menjadi tanda tanya selepas satu khabar angin mengatakan kononnya Aliff mewujudkan akaun di sebuah aplikasi untuk bersosial di alam maya.
Pasangan itu berkahwin pada 28 Mac 2018 dan perkongsian hidup mereka dilengkapi dengan seorang anak perempuan.
Dengan kenyataan yang dikeluarkan, Sakinah berharap ia dapat meleraikan spekulasi yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Mengenai perkembangan terkini, beliau baru sahaja melangsaikan penggambaran telefilem Kasih Tau Foo Fah digandingkan bersama Michael Ang yang mana karya itu dijadualkan menemui penonton pada 29 Ogos ini di saluran TV3.