in , , , ,

EKSKLUSIF: Akhirnya, Sarah Hildebrand Bagi Penjelasan Punca Putus Cinta Dengan Nabil Mahir

Sebelum ini, pelakon, pengacara dan model terkenal, Nabil Mahir telah menjawab segala spekulasi samada betul ke tak dia dah putus dengan Sarah Hildebrand. Kali ini, Budiey berpeluang untuk bertanyakan sendiri dari Sarah tentang isu ini.

Bagi meredakan keadaan dan menghentikan spekulasi, Sarah Hildebrand telah menghantar satu kenyataan rasmi bagi menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Sebenarnya, Sarah dan pihak pengurusan telah memilih untuk berdiam diri kerana kalau boleh mahu melupakan episod ini secepat yang mungkin, tetapi terpanggil untuk menjawab keadaan dan tanggapan orang diluar sana yang semakin meliar seterusnya memaksa Sarah tampil memberikan sedikit komen dan penjelasan tanpa melukakan mana-mana pihak.

EKSKLUSIF: Sarah Hildebrand Luah Rasa Kecewa & Maafkan Nabil

Menurut pelakon yang popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu, dia reda dengan perpisahan itu kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

“Sebenarnya bukan mudah untuk saya buat keputusan ini (berpisah) tetapi selepas berbincang dengan keluarga dan pengurusan, ini adalah yang terbaik.

“Apa yang saya boleh katakan, hubungan kami yang sudah mencecah lima tahun itu sudah tidak seperti dulu,”

– Sarah Hildebrand

Sarah tidak mahu mengulas panjang atau membuatkan orang diluar sana membuat bermacam-macam andaian tentang Sarah dan bekas kekasih Sarah.

Sarah juga tidak mahu membuka aibnya kerana memikirkan reputasi bekas kekasih.

Sarah cuma mahu menekankan hubungan kami sudah tidak seperti dulu lagi dan Sarah sudah mengambil keputusan muktamad ini setelah puas berfikir.

Sarah juga telah memaafkan si dia dan redha dengan apa yang telah Sarah putuskan. Ibu dan ayah Sarah menyokong keputusan Sarah dan merekalah pihak utama yang selalu berada dibelakang Sarah dan mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

nabilmahirsarah
Nabil Mahir & Sarah Hildebrand

Sarah mahu tekankan juga bahawa tidak wujudnya kehadiran orang ketiga sebagai sebab terputusnya hubungan ini dengan dia.

Sarah redha dan tidak kisah jika bekas kekasih Sarah tanpa segan-silu berterusan menjawab persoalan orang diluar sana menggunakan platform laman sosial dan media yang kadangkala mengelirukan dan membuatkan orang diluar sana berfikiran negatif terhadap Sarah.

Sarah percaya masyarakat dan peminat semua bijak dan boleh menilai seseorang itu dari kata dan perbuatannya. Sarah dalam proses melupakan hubungan lalu dan redha serta memaafkan bukan sahaja si dia tetapi juga diri sendiri di atas apa yang telah berlaku.

Sarah Hildebrand

Insya-Allah setiap hari Sarah menjadi semakin positif dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan tanggungjawab karier yang sudah tersusun untuk tahun 2019.

Bagi Sarah semua orang tidak bebas dari melakukan kesilapan tetapi bagaimana seseorang itu memperbaiki dirinya dari kesilapan lalu, itulah yang lebih penting.

Kalau boleh Sarah tidak mahu menyebut nama bekas kekasih Sarah lagi, tetapi jika tugas kerja menuntut Sarah bekerjasama dengannya, akan Sarah pertimbangkan dan perbincangkan dengan pihak pengurusan Sarah.

Sarah mahu berterima kasih kepada peminat-peminat di atas sokongan dan dokongan yang diberikan kepada Sarah selama ini dan diharap mereka juga dapat menerima keputusan Sarah.

Semoga dengan tersiarnya kenyataan ini dapat meredakan segala spekulasi di luar sana. Sama-sama kita doakan yang baik-baik. Budiey lihat Sarah Hildebrand berfikiran positif dan matang dalam menangani kemelut di muara kasih yang melanda hubungannya dengan Nabil Mahir.

Orang kata, kalau jodoh tak ke mana kan? Manalah tahu, mereka berdua dapat kembali semula bercinta.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Sudah Tawar Hati,” – Bella Astillah

Beli BUBBLE MILK TEA dengan GrabPay & GrabFood Lebih Jimat!