Menerusi Facebook, dapat dilihat pintu Masjid Nabawi telah kembali dibuka oleh petugas masjid bagi menyambut kembali kedatang umat Islam untuk menunaikan ibadah haji & umrah di kota suci itu. Menerusi muat naik di Facebook juga, para jemaah dilihat tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat di masjid tersebut bagi meraikan pembukaan Masjid Nabawi.
Mereka bersolat dengan memakai penutup mulut serta mengamalkan jarak yang ditetapkan bagi mengelak sebarang sentuhan berlaku. Pemandangan indah tersebut begitu menyentuh hati kerana selepas hampir beberapa bulan ditutup untuk orang luar, masjid yang menjadi kerinduan seluruh umat Islam di atas muka bumi ini kembali dibuka untuk beribadah.
Pihak Masjid Nabawi juga turut memaklumkan pintu masuk yang dibuka kepada jemaah dan pintu yang masih ditutup untuk laluan bagi memudahkan pengunjung mengetahui jalan untuk memasuki tempat suci itu.
Bermula Solat Subuh Esok Masjid Nabawi Akan Dibuka. Tak Sangka Ini Yang Kerajaan Arab Saudi Umumkan
Riyadh, 30 Mei – Arab Saudi mengumumkan bakal membuka Masjid Nabawi secara berperingkat di Madinah bermula esok. Menurut media tempatan, kira-kira 90,000 buah masjid di negara itu (selain di Mekah) akan mula dibuka untuk aktiviti ibadah sebagai pelonggaran perintah darurat yang dilaksanakan bagi mengekang COVID-19.
Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi, Abdullatif bin Abdulaziz Al-Sheikh berkata, hasil pemeriksaan oleh pihak berwajib mendapati masjid-masjid di sana telah bersedia untuk pembukaan semula. “Sepanjang pemeriksaan, kami mendapati masjid-masjid telah selesai melakukan persediaan dan dalam keadaan terbaik,†katanya.
Pun begitu, hanya 40 peratus kapasiti masjid bakal dibuka kepada umum manakala sejadah di dalam masjid akan dialihkan dari halaman. Jemaah akan dibenarkan memasuki masjid berkenaan bermula subuh esok dan dinasihatkan membawa sejadah masing-masing.
Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan mengambil wuduk di rumah serta menggunakan pembasmi kuman ketika keluar dan pulang ke rumah. Warga emas dan individu berpenyakit kronik pula dinasihatkan untuk menunaikan solat di rumah. Malah, orang ramai digalakkan membaca al-Quran menggunakan telefon pintar atau naskhah al-Quran sendiri.
Sumber: Arab News, Khaleej Times
Pembukaan Semula Masjid Minggu Ini. Akhirnya Ustaz Ahmad Marzuk Shaary Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Tentang Pembukaan Semula Masjid.
Sehingga kini rakyat yang beragama Islam masih ternanti-nanti pengumuman kerajaan sama ada membenarkan atau tidak solat berjemaah di masjid dalam negara berdepan dengan wabak Covid-19. Selepas mengadakan perbincangan dan muzakarah, Kerajaan Persekutusan dijangka akan mengumumkan mengenai pembukaan semula masjid pada minggu ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan mengenai kaedah terbaik untuk membenarkan umat islam di negara ini menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau.
“Perbincangan mengenai tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) solat di masjid sudah dilakukan Jumaat lalu menerusi Muzakarah Hal Ehwal Islam. “Kita mengambil kira pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ada SOP yang perlu dilakukan.â€â€“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary
Beliau berkata perkara tersebut akan dibawa ke kabinet sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja. Dalam seminggu ini mungkin akan ada pengumuman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.â€
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian barangan asas kepada Exco Majlis Pimpinan Negeri Rakan Siswa Yadim, Muhamad Haniff Fitri Muhd Sawadi melalui Program Musa’adah Covid-19 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini.
Masjid Dan Surau Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi. Akhirnya Dr Zulkifli Tampil Buka Mulut Dedahkan Sesuatu Tentang Garis Panduan Ibadah Di Masjid.
PEMBUKAAN semula masjid dan surau bagi aktiviti agama akan dilakukan sekiranya kerajaan berpuas hati dengan garis panduan ibadah di masjid dan surau yang disiapkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).
Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, garis panduan itu disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Pelaksanaan garis panduan tersebut tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa serta kebenaran daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara),†katanya. Zulkifli berkata,
garis panduan itu juga dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) keempat pada 30 April lalu yang dipengerusikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh serta dihadiri oleh para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia dan ahli-ahli yang dilantik MKI.
“Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan ber autoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik,†katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini menjawab soalan lazim (FAQ) berhubung aktiviti agama di masjid dan surau yang masih dilarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menjawab soalan sama ada wujud kebarangkalian ia dilaksanakan dalam waktu terdekat, menteri itu berkata: “Ya, jika kerajaan berpuas hati dengan garis panduan yang disediakan, juga tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat Malaysia secara umumnya sepanjang PKPB disamping mengambil kira nasihat KKM dan MKN.â€
Buat masa ini, berdasarkan pertimbangan pihak-pihak berwajib, kerajaan memutuskan sebarang bentuk aktviti agama berjemaah di masjid dan surau masih dilarang dalam tempoh PKPB. Dalam pada itu, Zulkifli berkata, jika pelaksanaan garis panduan itu mendapat kelulusan di peringkat Persekutuan, ia tetap tertakluk kepada pertimbangan pihak berkuasa utama di negeri-negeri untuk dilaksanakan di peringkat negeri.
“Urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri yang jelas disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,†katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Harian Metro