Impian aktor berbadan sasa, Saharul Ridzwan menimang cahaya mata perempuan menjadi kenyataan pada jam 4.20 petang tadi.
“Ali dapat adik perempuan. Alhamdulillah 13 Jun 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap sudah sepasang. Semuanya selamat, ibu sihat, bayi pun sihat berkat doa semuanya. Terima kasih banyak-banyak. Doakan supaya ibu cepat sihat dan bayi membesar jadi anak yang solehah,”
– Saharul Ridzwan
Isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, melahirkan anak kedua secara pembedahan di sebuah pusat perubatan, di sini.
Bayi comel seberat 3.3 kilogram (kg) itu dan ibunya, masing-masing sihat.
Saharul juga mengakui hilang kata-kata disebabkan terlalu gembira menerima kehadiran anggota baru dalam keluarganya itu.
“Tak tahu nak taip apa dah. Sangat gembira ni,”
– Saharul Ridzwan
Saharul bersyukur isterinya selamat bersalin. Tambah mengujakan, mereka sengaja tidak mahu mengambil tahu jantina anak sehingga bayi berkenaan dilahirkan.
“Saya bergegas membawa isteri ke hospital pada jam 9.30 pagi selepas pecah air ketuban.
“Doktor menasihatkan isteri dibedah biarpun sebelum ini, Qaabila Deena mahu melahirkan anak secara normal,”
– Saharul Ridzwan
Pasangan ini mempunyai anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang berusia tiga tahun.
Pelakon drama Korban Kasih ini bersyukur doa mendapatkan anak perempuan termakbul.
“Gementar lain macam kali ini… Berbeza dengan pengalaman pertama dulu.
“Saya sengaja tidak mengambil tahu jantina anak sehinggalah tiba di bilik pembedahan. Saat melihat bayi ini di depan mata, saya tahu Allah makbulkan doa.
“Saya rasa hendak sujud syukur saat mendapat tahu anak kami perempuan. Rasa hendak pengsan pun ada,”
– Saharul Ridzwan
Saharul berkata, dia dan isteri sudah memilih beberapa nama untuk puteri mereka. Namun, nama yang sesuai belum diputuskan lagi.
“Mungkin selepas tujuh hari dilahirkan baru kami pilih nama dan kongsi foto anak,” katanya.
– Saharul Ridzwan
Sementara itu, Saharul turut meminta peminat mendoakan kesihatan isterinya yang masih berada di wad kecemasan.
“Berkat doa semuanya. Terima kasih banyak-banyak.
“Doakan supaya mummy cepat sihat dari emergency LLCS, dan baby membesar jadi anak yang solehah, Amin Ya Rabb.
“Tak tahu nak taip apa entah. Happy betul ni,” tulisnya.
– Saharul Ridzwan
Pelakon drama Korban Kasih ini turut menerima ucapan tahniah dari rakan artis dan peminat.
“Alhamdulillah, tahniah,” ucap Zahirah Macwilson.
“Alhamdulillah, tahniah bro,” tulis Fizo Omar.
Pada Jumaat, menerusi laporan mStar, Deena mengalami kontraksi dengan bukaan 1.5 sentimeter.
Bagaimanapun, terpaksa pulang ke rumah selepas diberitahu tanda-tanda bersalin yang dialami itu hanyalah kontraksi palsu atau false alarm.
Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.