Dengan sekali lafaz, pelakon Aidil Aziz dan Fasha Sandha akhirnya sah menjadi pasangan suami isteri setelah kedua-duanya diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah pada jam 9.15 pagi tadi.
Dalam majlis yang berlangsung di Perlis itu, kelihatan majlis berkenaan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pasangan pengantin dan juga kenalan rapat selebriti ini.
“Alhamdulillah, tepat jam 9.15 pagi bintang kesayangan kami @fashasandha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya @istadilaziz dengan sekali lafaz sebentar tadi. Alhamdulillah,”
– Murshid pengurus Fasha Sandha (Mind Order)
Majlis resepsi di sebelah keluarga lelaki dikatakan bakal berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan, bulan depan.
Pada majlis itu, Aidil Aziz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha telah berkongsi gambar majlis akad nikah yang berlangsung di kampung halaman aktres terbabit di Perlis.
Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwiannnya.
Fasha dan Aidil, 30, bertunang pada 18 November tahun lalu.
Ini merupakan perkahwinan yang pertama buat Aidil Aziz, manakala kali kedua buat Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada tahun 2012, namun kedua-duanya berpisah empat tahun kemudian.
Sepanjang perkahwinan, Fasha dan Rizal telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima.