in

Akhdan Tampil Dengan Album Ketuhanan

AKHDAN merupakan kumpulan nasyid yang terdiri daripada 4 orang pelajar sekolah yang berbakat dalam bidang seni suara. AKHDAN menampilkan sebuah album yang berkonsepkan lagu-lagu keTuhanan dan kemanusiaan. AKHDAN ditubuhkan pada tahun 2010 dan mula bergerak aktif awal tahun 2011. Kesemua ahli kumpulan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Akhdan

Album sulung Akhdan telah diterbitkan pada awal Mac 2012 edaran Hijjaz Record dan Warner Music. Mempertaruhkan lagu-lagu keTuhanan dan kemanusiaan yang mampu menerbitkan keinsafan di hati pendengar. Diselitkan juga alunan zikir. Kumpulan Akhdan terdiri daripada empat orang anak muda:

Nama Penuh : Tajul Arif Noor bin Md Shari
Umur : 15 Tahun
Status : Pelajar sekolah menengah
Tempat Lahir : Seremban, Negeri Sembilan
Cita-cita : Peguam
Hobi : Bersukan, Mendengar muzik
Tarikh Lahir :1 April 1999

Nama Penuh : Muhammad Affan bin Mazlan
Umur : 14 Tahun
Status : Pelajar sekolah menengah
Tempat Lahir : Seremban
Cita-cita : Jurutera
Hobi : Membaca
Tarikh Lahir :3 Jun 2000

Nama Penuh : Ahmad Zuhair bin Zakaria
Umur : 15 Tahun
Status : Pelajar sekolah menengah
Tempat Lahir : Seremban, Negeri Sembilan
Cita-cita : Saintis
Hobi : Bersukan, Melukis
Tarikh Lahir : 21 Disember 1999

Nama Penuh : Mohd Haizudin bin Haizad Nazri
Umur : 15 Tahun
Status : Pelajar sekolah menengah
Tempat Lahir : Seremban
Cita-cita : Jurutera
Hobi : Bersukan
Tarikh Lahir : 13 Disember 1999
Soalan 2

Akhdan

Album Sejadah Keinsafan berkonsepkan nasyid kontemporari. Proses penerbitan album Sejadah Keinsafan telah dilakukan di Hijjaz Record dan Ayoes Mithar Production. Manakala proses terakhir pembikinan album dilakukan oleh Hijjaz Record. Lagu-lagu Akhdan bertema dan berkonsepkan ketuhanan dan kemanusiaan.

Lagu dan lirik adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh produksi dari Akhdan Entertainment, iaitu Mohd Yazid b Mohd Ali, Wan Mohd Zakaria b Wan Mohd Zen dan Zakaria b Mahadi. Akhdan juga telah melahirkan single 2013, Kembalikan Damai Itu, dan yang terbaru single 2014, Kerna Cinta.

“Kami juga seperti pelajar-pelajar lain, kami ke sekolah seperti biasa. Kami berlatih nasyid di hujung minggu. Jika ada persembahan pada waktu persekolahan, kami akan berlatih di sebelah malam.
Pengalaman manis kami adalah kami tidak menyangka dapat merakamkan album pada usia yang mentah ini dan kami diberikan kepercayaan untuk membuat persembahan di Majlis Tilawah peringkat Antarabangsa pada tahun 2011 dan 2012.
Setakat ini kami tiada pengalaman pahit sepanjang berada dalam industri ini.”

Penubuhan Akhdan adalah hasil cetusan idea daripada pihak pengurusan Akhdan ketika ini, iaitu Wan Mohd Zakaria b Wan Mohd Zen, Mohd Yazid b Mohd Ali, dan Zakaria b Mahadi. Bakat kami mula dicungkil sejak dari tahun 2 lagi. Bakat kami mula ditonjolkan oleh pengurusan kami ketika kami di tahun 4.

Mereka bertigalah yang menjadi pendorong utama untuk kami bergerak aktif selain daripada dorongan ibu bapa dan ahli keluarga. Alhamdulillah, sabutan daripada peminat nasyid, khususnya peminat Akhdan amat memberangsangkan. Maklum balas yang kami terima amat positif. Lantaran itu kami menerbitkan single terbaru 2014 yang berjudul Kerna Cinta.

Cinta di alam persekolahan adalah tidak wajar kerana kita akan leka dan tidak akan menumpukan pada pelajaran, mentelahan cinta remaja yang hanya berdasarkan keseronokan semata-mata, dan bukannya dari pemikiran yang matang. Kes-kes anak luar nikah dan pembuangan bayi yang dilakukan oleh remaja amat membimbangkan dan menunjukkan seolah-olah remaja tiada pegangan agama dan tiada bimbingan ibu bapa. Justeru, memikirkan perkara ini, maka kami melahirkan single terbaru, Kerna Cinta yang berkaitan dengan cinta remaja yang belum tiba waktunya.

Tips-tips untuk menjadi pelajar cemerlang dan soleh:

1. Sentiasa menumpukan perhatian di dalam kelas
2. Sentiasa mengulangkaji di rumah
3. Buat latih tubi topic-topik yang kita lemah
4. Hormati guru dan ibu bapa
5. Jaga kesihatan
6. Sentiasa menambahkan ilmu agama di dada
7. Jangan meninggalkan solat 5 waktu
8. Sentiasa berusaha di dalam apa jua keadaan, disamping berdoa, berikhtiar dan bertawakkal kepada Allah
9. Seimbangkan kegiatan kokurikulum dan pelajaran dengan aktif menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah

Besarlah harapan Akhdan untuk mengembangkan empayar Akhdan sendiri dan berdiri teguh dan kukuh seperti artis-artis tempatan yang lain yang telah mengukir nama dipersada tempatan mahupun antarabangsa. Akhdan juga berharap masyarakat dapat menerima kemunculan Akhdan dan dapat memartabatkan irama nasyid ke satu tahap.

Akhdan

Akhdan

Akhdan

Akhdan

akhdan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara

Filem Animasi 3D Legends of Oz : Dorothy’s Return