Pada hari ini, Budiey ada menerima surat daripada Akbar Sahari, seorang pengulas sukan dari Astro Arena yang menafikan bawah beliau dan bekas isterinya, Rita Rudaini berbaik semula sebagaimana yang didakwa oleh sebuah blog hiburan.
Dan ini adalah kenyataan yang dihantar:
Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah laman blog hiburan, pisangcheese.com yang menggambarkan seolah-olah saya dan bekas isteri saya, Rita Rudaini telah berbaik semula dan kembali menjalin hubungan mesra.
Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun tajuk artikel yang dimuat naik pada 9 Julai itu sangat mengelirukan dan jelas berunsur fitnah.
Penulis juga tidak mendapatkan sebarang kenyataan daripada saya terlebih dahulu di samping menggunakan gambar-gambar yang diambil dari sumber yang tidak sah termasuklah memuat naik foto adik kembar saya bersama isterinya.Saya sifatkan tindakan ini sebagai tidak bertanggung jawab dan berniat jahat untuk menjatuhkan maruah dan reputasi saya di mata masyarakat. Artikel ini turut memberikan kesan yang mendalam dan menyebabkan tekanan emosi kepada diri saya dan keluarga.
Sehubungan itu, bagi mengelakkan nama saya dan keluarga terus tercemar, saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada 10 Julai supaya pihak polis dapat membuat siasatan dan tindakan selanjutnya.
Justeru, saya mendesak agar pemilik blog pisangcheese.com untuk menarik balik artikel ini dari disiarkan online dalam masa 48 jam. Saya juga menuntut agar penulisnya menyiarkan permohonan maaf di blog/ laman FB pisang cheese bagi mengelakkan kekeliruan pembaca mereka.
Sekiranya gagal berbuat demikian, saya terpaksa mengambil tindakan saman malu terhadap pemilik blog/ laman FB berkenaan bagi memberi pengajaran terhadap perbuatannya yang tidak bertanggung jawab ini.