Ujar Nana, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh rakannya di mana terdapat seorang warganegara asing telah menggunakan akaun Youtube miliknya itu untuk melakukan siaran langsung.
Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi memberitahu bahawa dia dan pihak pengurusannya sehingga kini masih sedang mencuba untuk mendapatkan kembali akaun Youtube tersebut.
Tiba-tiba ada mat saleh buat live menggunakan saluran YouTube saya. Dari semalam saya cuba untuk dapatkan semula akaun saya. Saya ada minta tolong pihak pengurusan saya juga. Mereka pun masih berusaha untuk dapatkan semula, tapi tak tahu la, harapan macam tipis.
– Nana Sheme
Tambahnya lagi, pihak YouTube mengatakan akaun tersebut sudah pun dibuang.
Penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini meluahkan rasa sedih berikutan akaun tersebut bukan sahaja menyimpan kenangan namun turut mempunyai nilai sentimental melibatkan arwah ibunya.
Dia walau bagaimanapun mengungkapkan rasa syukur kerana sempat menerima anugerah YouTube silver play button sempena kejayaan memperoleh 100,000 pengikut di saluran popular itu.
Terdahulu, penyanyi Nabila Razali juga mengalami perkara yang sama dan dia dilaporkan turut kehilangan 400,000 pengikut selepas akaun YouTube miliknya itu telah digodam pihak yang tidak bertanggungjawab, semalam.