Rata-rata masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia mengecam serangan serta penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan seramai 212 orang Palestin di Gaza telah meninggal dunia, 61 orang daripadanya kanak-kanak dan 36 orang wanita serta 1400 orang telah cedera.
Pelbagai cara dilakukan oleh rakyat marhaen di negara ini bagi menunjukkan sokongan dan keprihatinan terhadap nasib sahabat-sahabat di bumi Gaza itu. Ketika ini juga platform media sosial turut dipenuhi dengan pelbagai sokongan dan solidariti yang diberikan oleh netizen.
Menariknya, netizen Malaysia yang cukup terkenal turut menyerang beberapa posting yang dibuat rakyat Israel sendiri serta membuat troll sehingga membangkitkan kemarahan tentera Zionis yang dikenali Israel Defense Force (IDF).
“Malaysian Troll Is Bullshit,” tulis satu Twit yang dikatakan dimuatnaik oleh IDF.
Selain itu, apa yang lebih menarik perhatian, #IsraelKoyak juga turut menjadi trending di Twitter ketika ini.
Ia berikutan kebayakan netizen Malaysia yang menggunakan hashtag tersebut apabila membalas tweet yang dimuatnaik oleh rakyat Israel.
Banyak Akaun IG Kena Warning
Dalam satu siaran di Instagram, Heliza Helmi telah menerima amaran daripada Instagram sendiri di mana beliau mengatakan akaun IG nya itu mungkin akan dipadam kerana postingnya dikatakan mempunyai unsur kekejaman dan merbahaya. Heliza juga tak dibenarkan untuk buat live di akaunnya itu lagi.
Oleh kerana itu, Heliza telah membuka satu akaun IG baru. Bukan Heliza sahaja, malah ramai lagi pemilik Instagram yang menyiarkan video kejadian di Palestin telah menerima amaran yang sama.
Di ruangan kapsyen, dia mempersoal kalau menyebarkan kebenaran tu jadi kesalahan selain menambah yang dia tak boleh dah nak buat live di akaunnya itu lagi.
Di akhir perkongsian, Heliza menyeru untuk kita semua supaya berdoa agar segala akaun media sosial kita masih selamat untuk kita sebarkan segala kebaikan.