Caprice berkata perkongsian sebuah video yang dimuat naik pada 4 Oktober lalu dikatakan mengandungi unsur buli dan gangguan.
Hasil tinjauan di Instagram, kali terakhir Caprice memuat naik perkongsian mengulas mengenai isu gangguan seksual oleh rakan sekerja pada 8 Oktober lalu.
Tambah Caprice, akuannya kemungkinan akan dipadam jika terus melanggar garis panduan komuniti yang ditetapkan pengendali platform berkenaan.
Dalam pada itu, mengulas mengenai single terbaru, Tiger of Al Quds yang sepatutnya dilancarkan pada 21 Oktober, Caprice berkata dia masih belum memilih tarikh baru.