Hari ini Facebook nampaknya telah menarik lencana pengesahan akaun rasmi Apple di platform mereka. Tiada sebab diberikan tetapi pastinya berkait rapat dengan tindakan Apple hari ini yang mula mengaktifkan ciri menghalang penjejakan iklan menerusi iOS 14.4 Beta.
Tindakan yang diambil ini adalah petunjuk Facebook tidak senang dengan tindakan Apple sehingga mendakwa sistem menghalang penjejakan iklan mengancam perniagaan kecil.
Pertelagahan di antara dua syarikat teknologi ini telah berlarutan selama beberapa tahun dan bermula dengan Apple menghalang Facebook (dan Google) dari mengakses sistem ujian aplikasi sementara.