Pada hari ini, genaplah 18 tahun Astro menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia. Pastinya, sebagai sebuah stesen TV berbayar tentu sekali banyak memori indah terakam serta pelbagai kejayaan dicipta dalam tempoh hampir dua dekad ini. Budiey ucapkan syabas buat Astro!
[pullquote]Amat sinonim sebagai perintis program realiti hiburan tanah air, jenama Akademi Fantasia sebagai platform yang dominan semakin kukuh apabila berjaya melahirkan ramai pelapis dalam pelbagai lanskap dunia hiburan terutamanya bidang nyanyian saban tahun.[/pullquote]
Apa yang Budiey dapat berita, pada tahun ini, sekali lagi Akademi Fantasia 2014 akan dilangsungkan. Haa, tak serik-serik nampaknya… apa-apa pun, kita kena berfikiran positif dan apa yang kita harapkan AF 2014 ini mencipta satu fenomena. Haa, tahun lepas pun kita cakap macam ni gak, tapi, tengoklah nanti camna.
Pihak Astro bakal mengadakan Majlis Sidang Media Akademi Fantasia 2014 pada hari Isnin, 2 Jun 2014 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur. Apakah kelainan AF 2014?
Ramai selebriti yang akan hadir, antaranya Aaron Aziz, Stacy, Zizan, Lisa Surihani, Akim Ahmad, Adira, Shahir, Hafiz, Hazama, Aril, Faizul, Indah, Azhael, Aisyah, Nabila, Amira, Nabil, Dato AC Mizal, Datuk Aznil, Shiro, Wala, Daiyan Trisha, Hanis Zalikha dan Sarah Hildebrand dalam Majlis Penghargaan Media Bersama Artis Astro yang akan berlangsung selepas itu.
Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi Artis Naungan Astro selama ini dan sebagai tanda usaha berterusan Astro dalam menyokong pembangunan bakat-bakat seni tempatan.
Haaa, ada lucky draw ke tidak ni? Okaylah Budiey nak join gak lah! Barulah terasa diri ini dihargai. Agituh!
Gambar sekadar hiasan