in

Ajieb Rosdi & Nuri Terima Tawaran Rakam Lagu Di California

Sebaik saja lagu K-Pop berjudul I’LL Show nyanyian Ajieb Rosdi diedarkan di Malaysia oleh Warner Music Malaysia bermula Februari lalu, Ajieb atau nama sebenarnya Mohd Razif Mohd Rosdi yang kini telah menetap di Seoul, Korea Selatan baru saja menerima tawaran dari produser muzik Amerika Syarikat.

Walaupun lagu I’LL Show masih belum dilancarkan lagi di Korea, Ajieb bukan saja menerima tawaran itu secara solo sebaliknya dia bakal diterbangkan ke California untuk merakamkan lagu dan muzik video lagu baru tersebut bersama teman baiknya yang juga seorang bintang K-Pop iaitu Nuri dari kumpulan Fix.

[pullquote]Menerusi tawaran tersebut, produser yang menggelarkan namanya sebagai Soleternity mahu memperkenalkan Ajieb ke persada muzik antarabangsa yang mana sebelum ini Soleternity banyak mencipta lagu artis barat berkulit hitam seperti Tech N9ne, Krizz Kaliko dan Franchise Boys.[/pullquote]

Dalam tawaran berkenaan, Ajieb dijadualkan bakal merakamkan sebuah lagu solo dan lagu duet bersama Nuri dalam waktu terdekat ini. Menurut sumber, tawaran ini diterima kedua-dua figura ini sebaik saja Ajieb mengumumkan menerusi laman Twitternya iaitu @AjiebRosdi bahawa dia bakal menyanyikan semula lagu Korea berjudul Never Say Good Bye yang menjadi sountrack drama Korea popular My Girl.
Apa yang pasti, menerusi lagu yang menghiasi drama lakonan pelakon kacak Lee Dong Wook bersama Lee Dae Hae itu, Nuri merupakan rapper asal lagu tersebut yang mana ketika itu Nuri menggunakkan nama Mario.

Kedua-dua penyanyi ini berhasrat untuk mendendangkan lagu tersebut apabila hadir ke Kuala Lumpur memandangkan lagu ini popular di halwa telinga penggemar drama Korea di Malaysia.

Apa sekalipun, Ajieb yang diuruskan oleh Blessync Media masih lagi menungggu masa yang sesuai untuk melancarkan lagu K-Popnya itu di Korea. Disamping itu, Ajieb juga berkemungkinan besar tidak akan menggunakan nama Ajieb Rosdi di Korea dan bakal menukar namanya ke nama Korea agar lebih mudah diingati peminat muzik Korea.

Dalam pada itu, lagu K-Pop Ajieb iaitu I’LL Show atau dalam bahasa Korea, Poyochukoyah mendapat respon baik bukan saja dari penggemar K-Pop di Malaysia malah peminat setia K-Pop di Jepun, Taiwan dan China. Lagu berkenaan bakal dilancarkan di iTunes tidak lama lagi oleh Warner Music Malaysia.

Seandainya anda ingin mengetahui perkembangan terbaru anak tempatan yang sedang mencipta nama di arena muzik K-Pop ini, anda boleh mengikuti laman Instagramnya Ajieb Rosdi dan twitternya @AjiebRosdi. Anda juga boleh menjadi ahli kelab peminat Ajieb dengan like Fanpage BFA (Best Friend Ajieb).

ajieb

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan Airasia Berpindah Ke KLIA2 Pada 9 MEI 2014

AirAsia Perkenal Laluan Antarabangsa Baru dari Johor Bahru