Tiada suami yang sanggup melihat perit dan derita isteri yang dicintai. Itulah yang dihadapi oleh pempengaruh media sosial iaitu Ubai yang membuka mulut mengenai situasi dihadapi isterinya yang juga seorang penyanyi, Shila Amzah.
Ubai memaklumkan tindakan adik iparnya, Shafiq yang mula menyerang keluarganya di media sosial sudah melampaui batas.
Menurutnya, kenyataan yang diberikan oleh adik iparnya itu berbaur fitnah dan lebih kepada memburukkan isterinya.
Katanya lagi, dia cuba memasuki live TikTok untuk menegur namun kena mute dengan adik iparnya.
Malah, Shila dan bekas adik ipar isterinya ada mencuba namun dikenakan tindakan yang sama.
Dalam pada itu, Ubai turut mendedahkan sikap Shafiq yang dianggap biadab kerana melibatkan arwah ibunya.
Kenyataan itu dianggap sudah melampau, membuatkan Ubai perlu mempertahankan isterinya dengan mengeluarkan kenyataan mengenai derita yang dilalui Shila sepanjang 33 tahun hidup.
Terdahulu, Shafiq mendakwa Shila sebagai individu yang suka berpura-pura serta menyifatkan tindakan kakaknya menjual rumah berkenaan hanyalah disebabkan wang.