Teknologi semakin canggih. Kalau dulu-dulu, muzik video dirakam dengan kamera berfilem, kemudian sejak adanya kamera DSLR yang berdefinisi tinggi, ramai penerbit menggunakan kamera sedemikian untuk gambar yang lebih jelas dan cerah, cantik! Namun, sekarang ni, dah ramai yang mengaplikasi teknologi canggih yang Budiey kira sangat sempoi apabila hanya menggunakan telefon bimbit iPhone untuk merakam muzik video mereka. Selepas penyanyi Yuna merakam muzik video Sparkle, Budiey dikhabarkan penyanyi Ajai juga tak mahu ketinggalan untuk mencuba sesuatu yang baru ini.
[pullquote]Pada 25 Disember 2013 yang lalu, Ajai telah melancarkan muzik video untuk single terbarunya, ADUH di saluran Youtube milik Warner Music Malaysia. Anda boleh lihat sendiri kesan penggunaan video yang menggunakan iPhone yang terkini di muzik video kat atas ni. Bagi Ajai, apa yang penting, adalah kepakaran tukar edit, jika cara suntingannya betul dan mantap, pasti muzik video akan nampak gempak.[/pullquote]
Menyentuh muzik video ADUH, Ajai mengakui kerja-kerja menyiapkannya bukanlah semudah yang disangka. Berlokasikan di Ara Studio, Ara Damansara, sebuah galeri yang penuh dengan lukisan, muzik video ADUH mempunyai gambaran, simbolik dan perumpamaan tersendiri dan segalanya terserah pada penonton untuk menterjemahkan apa yang tersirat di sebalik gambaran dan lagu yang didengarkan.
Dalam muzik video ADUH, Ajai telah menjemput Adrina, salah seorang peserta Projek Metro paling gojes yang tersingkir dari program realiti itu sebagai model.
Muzik video ini diterbitkan sendiri oleh Liza Illias yang juga merakap pengurus dan isteri Ajai dan disunting oleh Abid Hussain yang dulunya terkenal dengan produksi untuk Astro. Pengambaran muzik video ini dibuat pada 26 November 2013 dan diarahkan oleh Abid Hussain.
Budiey kagum dengan usaha Ajai untuk menyuntik sesuatu yang fresh untuk muzik video dan lagu ADUH ini. Ye lah, setelah mendiamkan diri selama 8 tahun sebagai seorang penyanyi solo, kini Ajai kembali untuk mewarnai industri muzik tanah air semula dengan irama berkonsepkan Melayu Pop (M-Pop). Lagu single terbarunya Aduh ini dicipta sepenuhnya oleh Ajai sendiri mengisahkan tentang kisah hati yang terluka dengan perbuatan kekasihnya sehingga mahu memutuskan hubungan dan hidup sendirian. Segalanya terasa pedih dengan perilaku kekasih hatinya.
Budiey dengar, lagu ini telah mendapat sambutan sejak berkumandang di corong-corong radio. Mungkin lagu Aduh mempunyai ciri ciri yang membuatkan pendengar senang untuk menerima lagu ini. Berentakan tempo yang ‘slow’ dan lirik yang mudah diingati menambahkan lagi minat untuk para pendengar menghayati lagu ini.
Kepada peminat Ajai, anda kini boleh menyaksikan sendiri muzik video Aduh hanya di YouTube Warner Music Malaysia.
Kat bawah ini ada beberapa gambar sekitar pengambaran muzik video lagu ADUH. Layaan!