in

Ajai Muncul Dengan Single Terbaru ADUH

Budiey kira dah lama benar tak dengar lagu terbaru nyanyian Ajai, rasanya lebih 8 tahun, Ajai atau nama sebenar Mohd Faizal Maas ni tak keluarkan single. Kali terakhir Ajai muncul dengan single solo ialah pada 10 tahun lalu di mana lagu Bisikan Asmara termuat dalam album kompilasi Terbaik Dariku Ajai keluaran Warner Music. Dalam pada itu, Budiey ada lihat Ajai menjadi juri di beberapa program realiti TV.

Tapi, minggu lalu, Budiey baru dengar sebuah lagu terbaru dari Ajai berjudul ADUH yang berkonsepkan M-POP di corong stesen radio. Bunyi lagunya agak catchy, santai, ceria dan rentak Pop Melayu ini agak lain dengan apa beliau hasilkan sebelum ini. Kalau nak tanya Budiey secara personal, memang la Budiey bersetuju dengan pendapat ramai yang mengatakan lagu ADUH dilihat cuba meniru lenggok lagu dari Indonesia seperti lagu Wali Band dan Tegar yang mesra dengan telinga pendengar masa kini. Namun, apa pun, Ajai ada jawapan tersendiri dengan perkara ini.

Ajai

[pullquote align=”right”]Semalam, tanggal 25 Disember, Ajai telah melancarkan muzik video rasmi lagu ADUH di Youtube Channel Warner Music Malaysia.[/pullquote]

Pada 23 Disember lalu, Budiey sempat bertemu sendiri dengan Ajai untuk mendapatkan jawapan dari mulut beliau sendiri tentang apa yang dimaksudkan dengan ADUH dan juga kenapa masih ada lagi yang mengatakan irama ADUH seperti lagu-lagu pop dari Indonesia. Nak tahu jawapan Ajai, korang tonton sendiri video kat atas ni.

Difahamkan, Ajai mengambil masa empat tahun untuk mengkaji banyak sudut yang perlu diutamakan termasuklah pengaruh muzik pop Melayu dan juga kehendak pasaran tempatan. Manakala, Ajai mengambil masa 45 minit untuk proses merakamkan dan menghasilkan lagu ADUH. Lagu ADUH dicipta sepenuhnya oleh Ajai di tengah-tengah lambakan muzik moden dan trendy.

Ajai melihat tajuk lagu ini ADUH sebagai sesuatu yang dekat dengan jiwa setiap dari kita yang mungkin menyebut perkataan ini setiap hari. Samada pengertiannya untuk ayat negatif atau postitif itu terpulang kerana apa yang penting, perkataan ADUH adalah satu perkataan harian yang sering kita gunakan. Tak hairan jika perkatan ini boleh jadi trending di sosial media dan kalau nak tahu, klip video unofficial ADUH dah dirakam oleh KLFM sudah mendapat view melebihi 30 ribu dalam jangka masa hanya seminggu.

Kemunculan lagu ADUH dilihat sebagai pemangkin kemunculan semula lagu-lagu Melayu Pop yang sememangnya popular di zaman 80an dulu. Senario yang berlaku sekarang ini ialah, orang kita dah makin banyak disogokkan dengan lagu berirama seperti ini dari Indonesia. Walhal menurut Ajai, sebenarnya lagu-lagu seperti ini sudah lama bertapak dan popular suatu ketika dulu.

Suasana petang di pertemuan bersama Ajai ditemani oleh pengurusnya, Liza yang juga merupakan isteri beliau menjadi lebih dekat kerana ini pertama kali sebenarnya, Budiey berbual-bual dengan Ajai. Banyak juga pendapat tentang senario industri muzik sekarang ini dibicarakan.

Ternyata, untuk tahun 2014, adalah tahun comeback buat Ajai di mana Budiey dapat tahu, beliau akan muncul dengan album kompilasi pada bulan Januari berjudul REPUBLIK AJAI yang memuatkan 45 lagu-lagu popular yang dicipta oleh Ajai dari 1988 hingga sekarang. Lagu ADUH akan dimuatkan dalam album kompilasi ini. Sementara itu, Ajai akan melancarkan album solo yang berjudul 4/4 pada bulan Jun 2014 yang memuatkan lagu-lagu baru beliau.

Aduh, tak sabar nak tunggu album baru Ajai.

Ajai

Ajai

Ajai

Ajai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

VIDEO: Arja Lee Ajak Shima Anuar Kahwin, Mahu 10 Anak?

Fasha Sandha Padam Video Nora Danish?