in

Ajai & Chef Kamarul Jadi Hos Jemput Masuk Chef

Untuk program ‘Jemput Masuk, Chef’, Ajai telah dilantik selaku hos dan bergandingan bersama Chef Kamarul dalam program baru terbitan TV3 itu. Menurut Ajai, keyakinannya untuk menceburi bidang pengacaraan di dorong kuat oleh isterinya, Norliza Ilyas yang juga merupakan pengurusnya.

“Selepas bergelar penyanyi, penerbit, pemuzik, pencipta lagu, pengkritik, pelakon dan sekarang saya cuba pula jadi pengacara. Apa yang menarik dan buat saya setuju menerima tawaran ini kerana saya boleh jadi diri saya. Saya mengendalikan program ini dengan cara saya sendiri.

“Sebenarnya saya ambil masa juga untuk bersetuju. Saya ni jenis yang tak suka ubah diri saya. Selama ini saya hanya tahu yang diri saya pencipta lagu bukan pengacara. Tapi isteri saya yang bersungguh pujuk saya. Dia yang buka mata saya dan dia yang banyak ubah hidup saya. Dia menyedarkan saya yang Ajai sebenarnya ada branding. Jadi apa salahnya saya mencuba. Saya juga sudah sedia dikritik oleh penonton-penonton.”

Berbeza dengan program bual bicara sedia ada, ‘Jemput Masuk, Chef’ berkonsep santai di mana selain Ajai akan berkongsi tip memasak, berita hiburan, sudah tentu hidangan yang lazat-lazat yang akan disediakan oleh Chef Kamarul.

“Saya undang tetamu ke rumah saya kemudian kita berborak secara santai dan mereka boleh buat permintaan pada Chef juadah apa yang mereka ingin nikmati, Chef akan masakkan.

“Para tamu yang saya undang setiap episod pun adalah dikalangan artis yang memang teman-teman saya dan ada yang kami pernah kerja bersama. Jadi tidak lah kekok apabila saya berhadapan dengan mereka. Lagi menarik apa yang kami sembangkan adalah hal atau topik yang tak pernah didedahkan oleh artis tu sendiri dalam mana-mana akhbar atau majalah sebelum ini. Banyak cerita menarik daripada mereka semua.”

Antara selebriti popular tanah yang ditampilkan seperti Fasha Sandha dan suaminya Jejai, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Mawi dan Ekin, Keith Foo dan Nabila Huda,Ning Baizura dan Omar Shariff, Intan Ladyana dan Shah Iskandar dan pasangan penganti baru Farawahida dan Abdul Syukur.

‘Jemput Masuk, Chef’ akan mula bersiaran mulai 12 Februari yang dibawakan khas oleh Coca-Cola pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 6.30 petang di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Ajai Terpaksa Bedah Hidung

Ziana Zain Bakal Buat Persembahan di Malam Kemuncak Planet Joget