Red Box, sebuah pusat karaoke terkemuka yang menjadi keutamaan pengunjung untuk berkumpul bersama rakan dan keluarga sekali lagi menganjurkan sebuah Malam Media. Bertempat di Red Box, tingkat 4, pusat membeli belah The Gardens, majlis diraikan bersama semua media cetak & elektronik serta rakan niaga yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan mereka selama ini.
Dihadiri tetamu kehormat Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah; Tunku Bendahara Kedah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Hajjah Noor Suzanna Abdullah; Toh Puan Bendahara Kedah, majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah Urusan Grand Surf Sdn. Bhd., Ms. Valerie Choo. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Unit Pemasaran, Mid Valley City Gardens Sdn. Bhd., Ms. Gabrielle Tan.
Memulakan ucapannya, Ms. Valerie mengalu-alukan keberangkatan YTM Tunku Bendahara Kedah dan YABhg Toh Puan Bendahara ke majlis mereka yang tidak seberapa itu.
Dalam ucapannya beliau berkata, “Setiap tahun, kami sentiasa mengambil sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah kami lakukan sepanjang 12 bulan lalu supaya dapat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang kami terima. Ia merupakan satu faktor penting dalam mengekalkan hubungan baik dengan syarikat rakaman, rakan niaga, kenalan dan terutamanya media sendiri sebagai tanda penghargaan di atas segala bantuan dan dedikasi mereka.”
Menariknya, pada malam tersebut juga, Ms. Valerie turut mengumumkan akan sokongan Red Box terhadap album terbitan Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah atau singkatannya PBANK, yang bertajuk Cintaku Cintamu. Mengambil satu pendekatan baru, Red Box amat terharu atas usaha PBANK mancari dana untuk mangsa-mangsa bencana alam melalui hasil jualan album dan yang terbaru melalui penjualan MTV Karaoke Cintaku Cintamu.
Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (PBANK) adalah merupakan sebuah pertubuhan yang diwujudkan atas dasar kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa yang ditimpa bencana alam di negeri Kedah. Di pengerusi Yang Di Pertua: YTM Tunku Bendahara Kedah dan Naib Yang Di Pertua: Toh Puan Bendahara sendiri, PBANK setakat ini telah berjaya memberi sumbangan yang besar kepada mangsa-mangsa bencana alam di negeri Kedah saban tahun.
“Sehubungan itu, sebagai tanda sokongan dan kewajipan kami dalam menjalankan tanggungjawab sosial, Red Box amat berbesar hati mengambil kesempatan ini untuk sama-sama membantu mempromosikan lagu-lagu dari album Cintaku Cintamu supaya lebih banyak dana dapat disalurkan ke dalam tabung PBANK. Kami berharap usaha kami yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak membantu PBANK untuk terus meringankan beban mereka yang ditimpa bencanaâ€, Ms. Valerie meneruskan ucapan.
Seperti tahun-tahun lalu, majlis kemudiannya memberi tumpuan kepada acara penyampaian Anugerah 20 Lagu Karaoke Popular 2008. Selain pengumuman Lagu Karaoke Melayu Popular, Red Box sekali lagi mempersembahkan Lagu Karaoke Inggeris Popular untuk tahun 2008. Anugerah 20 Lagu Karaoke Melayu & Inggeris Popular 2008 itu telah disampaikan kepada para artis dan wakil syarikat rakaman oleh tetamu kehormat disaksikan Pengarah Urusan kumpulan Red Box Karaoke sendiri, Ms. Valerie. Antara artis yang hadir menerima anugerah adalah Imran Ajmain, Jaclyn Victor, Aizat dan kumpulan Estranged.
Imran Ajmain
Estranged
Jaclyn Victor
Aizat
Menurut Ms. Valerie, “Kami amat berbesar hati kerana berpeluang menganjurkan acara ini sebagai acara tahunan kami sekaligus mengumumkan Anugerah 20 Lagu Karaoke Melayu & Inggeris Popular untuk tahun 2008. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan di atas sumbangan dan bakat yang lahir di dalam industri hiburan dan semoga pengiktirafan ini dapat diterima oleh industri hiburan tanahair. Malah, ia turut menampilkan keunikan kami di dalam industri ini berbanding dgn pusat karaoke lain di luar sanaâ€.
Setiap lagu yang tersenarai di dalam 20 Lagu Karaoke Melayu & Inggeris Popular ini adalah dibuat berdasarkan pemilihan oleh para pelanggan di setiap cawangan Red Box, Red Box Ria, Green Box dan Red Box PLUS dari awal Januari hingga akhir Disember 2008. Selain bersandarkan populariti dan kekuatan lagu itu sendiri, peranan dari pihak media sama ada cetak mahupun elektronik turut menyumbang untuk lagu tersebut terus bertahan dan mengungguli carta. Begitu juga dengan pelbagai mesej positif tentang perkembangan Red Box yang selalu disampaikan oleh pihak media. Di samping itu, kerjasama yang dijalankan dengan syarikat rakaman seperti aktiviti-aktiviti promosi bersama artis turut banyak membantu dalam menjadikan Red Box kekal sebagai pilihan pelanggan.
Acara pada malam itu diakhiri dengan penyerahan kad keahlian korporat Plus-h, iaitu sebuah kad keahlian Red Box PLUS kepada kedua-dua tetamu kehormat sebagai tanda penghargaan. Aktiviti pada malam itu termasuklah sesi berkaraoke, menjamu selera, permainan dan cabutan bertuah. Malam Media itu turut dimeriahkan dengan pelbagai hadiah menarik antaranya, LCD TV 32†Philips, PSP, iPod Nano, Telefon Bimbit Nokia E-63, Set Teater Rumah, Kamera Digital, Kamera Video, Baucer Tunai, Hamper dan barangan eletrik yang lain.
Setiap pengunjung turut menerima wangian dari Price Abuse.com yang menaja barangan untuk goodie bag. Aktiviti berlangsung dengan penuh meriah dan diharap ia akan terus menjadi acara tahunan Red Box untuk tahun yang akan datang.
ANUGERAH 20 LAGU KARAOKE POPULAR 2008.
Carta Karaoke Inggeris Popular 2008:
1
NO ONE
ALICIA KEYS
SONY MUSIC
2
APOLOGIZE
ONE REPUBLIC FT TIMBALAND
UNIVERSAL MUSIC
3
AMERICAN BOY
ESTELLE FT KANYE WEST
WARNER MUSIC
4
WITH YOU
CHRIS BROWN
SONY MUSIC
5
WAKE UP CALL
MAROON 5
UNIVERSAL MUSIC
6
BLEEDING LOVE
LEONA LEWIS
SONY MUSIC
7
I’M YOURS
JASON MRAZ
WARNER MUSIC
8
BYE BYE
MARIAH CAREY
UNIVERSAL MUSIC
9
LOVE IN THIS CLUB
USHER
SONY MUSIC
10
TAKE A BOW
RIHANNA
UNIVERSAL MUSIC
Carta Karaoke Melayu Popular 2008:
1
RUANG RINDU
LETTO
LIFE RECORDS
2
SERIBU TAHUN
IMRAN AJMAIN
BEAT SOCIETY
3
ITU KAMU
ESTRANGED
EAD ENTERTAINMENT
4
KETAHUAN
MATTA
TROPIC JAYA
5
KALIS RINDU
ELYANA
FMC
6
CERITERA CINTA
JACLYN VICTOR & RIO FEBRIAN
SONY MUSIC
7
BIARLAH
NIDJI
WARNER MUSIC
8
HANYA KAU YANG MAMPU
AIZAT
UNIVERSAL MUSIC & KASI GEGAR ENTERTAINMENT
9
SEMPURNA
ANDRA & THE BACK BONE
EMI
10
KEKASIH GELAPKU
UNGU
SRC