in , ,

Aizat Amdan Sah Bergelar Suami, Pilih Mexico Destinasi Bulan Madu

Hanya sekali lafaz, penyanyi Aizat Amdan sah bergelar suami kepada pengurusnya, Elyssa Alia Ilias dalam majlis akad nikah yang diadakan di A-Park, Puchong, Selangor, pada jam 9.17 pagi tadi.

Dalam majlis berkenaan, Aizat, 33, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300. Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang. Namun, mereka memilih untuk merahsiakan wang hantaran.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel Bersara Ilias Moiden dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan.

Aizat Amdan Sah Bergelar Suami, Pilih Mexico Destinasi Bulan Madu

Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat bin Amdan meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang itu berjalan lancar.

Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua orang yang tolong menjayakan majlis dan berharap semua yang hadir, gembira. Malah saya juga bersyukur dengan cuaca baik.

Malam semalam hujan lebat dan dalam perjalanan ke sesi latihan semalam, tayar kereta saya pancit. Ia tak pernah terjadi sebelum ini. Tapi syukur ia terjadi semalam dan bukan hari ini.

Aizat Amdan Sah Bergelar Suami, Pilih Mexico Destinasi Bulan Madu

Alhamdulillah, kini lahirnya satu permulaan baharu buat kami. Memang ini fasa baharu untuk kami sekarang dan saya tak boleh fikir diri saya saja untuk perancangan selepas ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Hanya Kau Yang Mampu dan isteri memilih Tulum, Mexico sebagai lokasi bulan madu sejurus usai tuntutan kerja di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Kami sebenarnya ada lokasi impian kami iaitu Tulum, Mexico. Jadi ketika saya ke Los Angeles untuk bekerja nanti, kami akan ke sana insyaAllah.

Saya akan ke Los Angeles sekitar November nanti, insya-Allah. Rasanya sebulan kami akan ke sana.

Aizat Amdan Sah Bergelar Suami, Pilih Mexico Destinasi Bulan Madu

Terdahulu, Aizat memberitahu dia mula berkenalan dengan Elyssa sejak tiga tahun lalu. Kata Aizat, dia berani melamar Elyssa kerana yakin mampu menjadi suami yang terbaik buat wanita bertuah itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LEGOLAND Malaysia

Berita Gembira dari LEGOLAND® Malaysia Resort Sempena Ulangtahun Ke-10

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa LOVE, DEATH + ROBOTS