Raya 2015 ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran single Raya terbaru Aizat Amdan feat. Adam Saleh iaitu, ‘Eid is Here’. Aizat Amdan akan berganding tenaga bersama Youtuber terkenal dari New York tersebut dalam lagu raya yang rancak ini.
Lagu raya yang unik ini bukan sahaja dinyanyikan dalam Bahasa Inggeris oleh Aizat dan Adam, tetapi rentaknya juga agak berlainan dengan kebiasaan lagu raya. Aizat Amdan menenghakan rentak ala Mowtown inspirasi dari beberapa karya Bob Dylan untuk memenuhi citarasa pendengar di seluruh dunia sambil memuatkan bunyi nusantara dalam penggunaan seruling dalam susunan muzik.
Di sebalik lagu ini, Aizat membuat keputusan untuk berduet dengan Adam kerana beliau merasakan Adam membawa mesej yang positif dalam karya-karya beliau, yang juga seiring prinsip perjuangan seni Aizat. Idea ‘Eid is Here’ tercetus ketika Aizat melawat kota New York pada awal tahun 2015. Aizat mendapati bahawa masyarakat Islam di sana akan buat pertama kalinya mendapat status cuti umum untuk sekolah pada hari raya 2015 ini. Aizat berhasrat supaya ‘Eid is Here’ dapat memeriahkan lagi suasana perayaan di New York.
Berkenaan dengan Adam pula, Aizat memilih Adam kerana character dan sikapnya yang sangat positif dan ceria. Adam sangat terkenal di kalangan umat Islam di Amerika, United Kngdom dan seluruh Eropah melalui video-videonya di laman Youtubenya ‘Adam Saleh Vlogs’ dan ‘TrueStoryASA’. Aizat juga menjadikan Adam sebagai inspirasi bagi beliau untuk mula berjinak-jinak dalam dunia vlogging menerusi laman Youtube ‘OfficialAizatAmdan’. Kebolehan Adam untuk rap juga adalah sebab utama kenapa Adam dipilih sebagai rakan koleborasi dalam ‘Eid is Here’. Selain itu, Adam merupakan seorang Muslim yang menetap di New York dan ini merupakan factor yang penting bagi menjayakan ‘Eid is Here’.
Perkataan ‘Here’ dalam tajuk lagu ini membawa dua erti iaitu, raya sudah tiba (masa) dan juga raya disambut di sini (kedudukan geografi). Memandangkan raya disambut di serata dunia oleh pelbagai kaum, Eid is Here diharap dapat menjadi lagu tema untuk semua yang menyambut Aidilfitri tak kira di mana mereka berada.
Untuk tujuan promosi dan rakaman, Adam diterbangkan dari New York untuk mengadakan sesi bertemu peminat bersama Aizat pada 13 Jun 2105 bertempat di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari. Aizat dan Adam juga akan merakam video muzik ‘Eid is Here’ ketika Adam berada di Kuala Lumpur.
‘Eid is Here’ akan berada di pasaran untuk pre-order melalui iTunes pada Ramadhan ini. Peminat juga boleh mengikuti perkembangan semasa tentang ‘Eid is Here’ melalui laman social media Aizat Amdan dan Adam Saleh seperti yang tertera di bawah.
Aizat Amdan
Twitter – @MuhdAizatAmdan Instagram – @aizatamdan
Youtube Channel – OfficialAizatAmdan Facebook – Aizat Amdan
Adam Saleh
Twitter – @omgadamsaleh Instagram – @adamsaleh
Youtube Channel – Adam Saleh Vlogs Facebook – Adam Saleh Official