in

Aiskrim Magnum Melancarkan Perisa Terbaru Choco Cappuccino

Aiskrim Magnum memperkenalkan Choco Cappuccino bersama jenama termewah Malaysia!

Lanjutan kejayaan pelancaran variasi ais krim Magnum dengan coklat Belgian premium – Classic, Almond dan Chocolate Truffle: Magnum solusi kepada nikmat kemewahan sekali lagi bakal mengusik dan memukau deria rasa sfera fesyen Malaysia dengan variasi keempatnya – Choco Cappuccino. Budiey dah pun merasai dan menikmati aiskrim perisa terbaru ini, dan apa yang boleh Budiey katakan ianya kaya dengan rasa istimewa coklat yang sungguh sedap. Tak percaya korang boleh cuba ya.

TONTON VIDEO SEKITAR PELANCARAN PERISA TERBARU AISKRIM MAGNUM

PART 1

PART 2

Namun, apa yang lebih rasa teruja bagi Budiey ialah tatkala semasa menghadiri majlis yang penuh dengan rasa coklat ini, kerana dapat bersua muka dengan beberapa selebriti tanahair yang turut dijemput bagi meraikan kehadiran nikmat kemewahan terbaharunya. Terima kasih kepada Magnum kerana mengumpulkan sosialit, selebriti serta golongan ternama di sebuah majlis penuh glamor di Shook! Starhill Gallery. Penuh glamor & sensasi!

Magnum

Antara nama-nama besar yang hadir pada majlis tersebut adalah sosialit Datin Nora Hassan, Datin Tina Ali Kadir, Datin Ida Seatter dan anak Natasha Seatter. Turut hadir sama, selebriti tempatan, pelakon Natasya Hudson, Chelsia Ng, Siti Saleha dan Nazim Othman, ratu cantik Andrea Fonseka, serta penyanyi Amanda Imani dan Prema Yin.

Magnum

Menurut Hugo Verkuil, Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, “Magnum adalah ais krim ikonik yang dikenali sebagai simbol kemewahan dan kenikmatan. Tahun lalu, Magnum telah mengrevolusikan cara pengguna menikmati dua nikmat kemewahan didalam hidup dengan kejayaan pelancaran Ais Krim Magnum dengan Coklat Belgian didalam setiap gigitan. Semenjak itu, permintaan daripada pengguna memberikan anjakan yang tinggi bagi pertumbuhan jenama Magnum. Saya amat berbangga dengan sambutan positif daripada pencinta Magnum diseluruh Malaysia. Saya yakin, kehadiran Magnum Choco Cappuccino akan menjanjikan nikmat penuh kemewahan seperti variasi ais krim Magnum yang lain. Umum mengetahui, rakyat Malaysia menggemari nikmat kopi, kini mereka boleh menikmati keenakan Choco Cappuccino di dalam cara yang penuh kenikmatan – disaluti dengan lapisan tebal coklat Belgian!”

Kemuncak majlis malam itu adalah pertunjukan fesyen menampilkan gaya signatur empat jenama mewah. Joe Flizzow juga dikenali sebagai Mr President memberikan warna dan nada penuh gaya kepada pertunjukan fesyen tatkala barisan model ternama Malaysia memperagakan helaian signatur dari Eric Choong, sut moden dan elegan dari Granoff, seleksi busana melayu kontemporari Michael Ong serta gaya persalinan diraja daripada Zang Toi – yang menerima tepukan paling gemuruh daripada para jemputan.

Nuansa glamor dan gemilang malam itu ditambah dengan kehadiran empat orang ratu cantik Malaysia -– Miss Malaysia World 2009/10 Thanuja Ananthan, Miss Malaysia World 2010/11 Nadia Heng, Miss Malaysia Universe 2010/11 Nadine Ann Thomas, dan Miss Malaysia Universe 2011/12 Kimberley Leggett bersama-sama memperkenalkan variasi terbaru Magnum – Choco Cappuccino.

Magnum

Joe Flizzow menghiburkan penonton dengan lagu rapnya.

“Sejajar dengan tema kempen kami “Enjoy the Royal Treatment”, tahun ini magnum menyasarkan untuk meraikan para pengguna kami dengan nikmat gaya fesyen mewah. Empat jenama mewah ini adalah jenama terkemuka di arena fesyen tempatan dan kami amat berbesar hati untuk berkolibrasi dengan mereka. Mutu,kualiti tertinggi dan gaya adi busana terhebat mereka adalah deifnisi kemewahan diraja Magnum”, tambah Hugo lagi.

Magnum turut melancarkan peraduan permainan atas talian (Online) iaitu “Magnum Fashion Royale”. Melalui pertandingan ini, para pengguna berpeluang memenangi helaian adi busana dan aksesori Magnum yang direka esklusif oleh empat jenama termewah Malaysia – Eric Choong, Granoff, Michael Ong dan Zang Toi.i

Magnum

Rangkaian ais krim terbaru Magnum disaluti dengan coklat Belgian kini boleh didapati didalam empat variasi yang tercipta dari bahan- bahan berkualiti tinggi:

• Magnum Classic, memberikan nikmat pada tahap tertinggi pada gigitan pertama lapisan coklat Belgian yang rangup mengasyikkan hingga ke dasar ais krim vanilla premiumnya.
• Magnum Almond, Ais krim vanilla berkrim dan lembut disaluti dengan lapisan coklat Belgian yang dipadu dengan potongan Almond yang rangup.
• Magnum Chocolate Truffle, limpahan chocolate truffle melingkari ais krim vanilla premium dan di saluti lapisan tebal kepingan coklat Belgian.

• Magnum Choco-Cappuccino, Sos kopi yang halus melingkari ais krim vanilla berkrim dan disaluti lapisan tebal kepingan coklat Belgian dengan kepingan rangup yang manis.

Magnum

Magnum kini boleh didapati di pasaraya utama, pasaraya hyper, kedai serbaguna dan stesen minyak. Seleksi premium ini yang hadir dalam bungkusan signatur Magnum – pek individu pada harga RM3.90 manakala pek multi ( 3 ais krim sekotak) boleh didapati pada harga RM11.70.

Untuk maklumat lanjut mengenai ais krim terbaru Magnum yang disaluti coklat Belgian dan mengenai pertandingan “ Magnum Fashion Royale Contest”, sila layari laman Facebook Magnum di www.facebook.com/Magnum

Choco Cappuccino

Jenama MAGNUM
Dilancarkan pada tahun 1989, Magnum merupakan ais krim berpemegang yang disasarkan buat golongan dewasa. Kini, ia merupakan jenama ais krim utama dunia dengan 1 juta unit terjual setiap tahun dan merupakan jenama terbesar di Unilever.

Jenama Wall’s
Wall’s merupakan jenama ais krim utama di Malaysia selama 44 tahun. Wall’s adalah jenama terkenal daripada syarikat multinasional Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd. Unilever merupakan teraju utama industri ais krim dan saban tahun melancarkan pelbagai produk ais krim yang berjaya. Antara usaha inovasinya adalah Selection, Cornetto, Magnum, Paddle Pop dan Minis.

Magnum

Magnum

Magnum

Magnum

Magnum

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama The Secret Circle Penuh Misteri

Gambar Selebriti di Pelancaran Aiskrim Magnum Perisa Choco Cappuccino