Mesej dalam surah al-Asr ini cuba disampaikan oleh penyanyi duo kembar seiras AishaHanim berkolaborasi dengan Iq Dinzly melalui lagu LEKA.
Lagu LEKA menyentuh kisah masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, kecurangan suami isteri, kepincangan institusi rumah tangga dan sebagainya.
Dengan rasa tanggungjawab sosial dan mahu melihat kesejateraan masyarakat, AishaHanim dan Iq Dinzly berasa terpanggil untuk menyampaikan mesej bagi menyedarkan golongan masyarakat agar tidak leka daripada duniawi.
Sebaliknya, mengamalkan kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat.
“Selain berhibur, peminat boleh menikmati lagu ini sambil menerapkan mesej-mesej positif dalam diri. Mesej ini disampaikan dalam bentuk santai supaya senang diterima oleh pendengar.
“Kami memilih untuk bekerjasama dengan Iq Dinzly kerana lagu ini sinonim dengan liku-liku kehidupan yang pernah dilaluinya. Tambahan pula, ini juga satu kelainan kerana inilah kemunculan pertama Iq dalam lagu,”
– AishaHanim
Lagu Leka ini merupakan ciptaan Iqie Hugh dan lirik oleh Khalid ini sudah boleh didapati di pelantar digital kegemaran anda seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.
Bagi terus membina momentum lagu ini, video muzik rasmi LEKA telah dilancarkan pada 9 September 2020 menerusi saluran Youtube AishaHanim.
Video muzik rasmi yang menampilkan kelainan imej Aisha Hanim dan Iq Dinzly pastinya membuatkan anda teruja.
Sebelum ini, AishaHanim terdiri daripada Syazara Aisha Abu Bakar dan Hanim Fariza Abu Bakar pernah popular dengan lagu Mata Kunci Cinta, Benar Cinta dan Angkara.