in , ,

Aishah Geram Usahawan ‘Claim’ Produk Berkesan, Padahal Kurus Hasil Pembedahan

“Hentikan Penipuan Ini!” Aishah ‘Sedih’ Produk Kuruskan Badan Guna Duta Orang Yang Turun Berat Sebab Pembedahan

Penyanyi Aishah meluahkan pendapatnya dan melahirkan rasa sedih terhadap segelintir usahawan atau peniaga produk pelangsingan badan yang tergamak menipu pelanggan untuk meraih keuntungan.

Menerusi posting di Instagram, penyanyi berusia 55 tahun itu sedar terdapat pengusaha produk melantik duta yang telah kurus selepas menjalani pembedahan bariatrik (pintasan usus) dan bukan hasil mengggunakan produk mereka.

aishah-gegar-vaganza

Aishah menulis rasa tidak puas hatinya di satu entri di Instagram miliknya.

“Beberapa hari ini I banyak tertengok gambar-gambar lama semasa bertanding di dalam GV4. Huhuhuhu mukaku macam bulan mengambang, pipi pauh sebesar padang., It felt like a life time away.

“Perjalanan penurunan berat badan satu cabaran, walaupun dengan menjalani pembedahan Bariatric bersama @dr.mustafamt.

Tulis Aishah, hanya mereka yang pernah mencapai tahap kegemukan yang teruk (morbid obesity) sahaja yang tahu cabaran kehidupan mereka yang bersaiz badan berlebihan.

“Sakit kakinya, penyakit-penyakit lainnya, frustration dengan body shaming dan kualiti hidup yang agak terhad bila badan kita pada saiz itu.

“Setiap hari adalah satu ‘struggle’ satu cabaran. Dua tahun selepas pembedahan I dapat turunkan 33kg dan masih berusaha untuk sampai ke ‘target weight’. The struggle is real, the pain is also so so real.

“Jadi, I rasa sedih apabila terjadinya syarikat produk-produk kuruskan badan yang menggunakan duta yang sebenarnya telah kurus kerana pembedahan Bariatric dan sebenarnya bukan kerana keberkesanan produk mereka. Allahuakbar, hentikan penipuan ini!!!! IT IS NOT RIGHT!!!!”

– Aishah

Menurut pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin itu, dia berharap pihak berkuasa dapat memantau produk-produk seperti itu yang disifatkan sebagai ‘harapan palsu’ buat mereka yang berusaha gigih untuk menurunkan berat badan.

Aishah turut memohon pihak berkuasa untuk memantau produk-produk sebegini yang mudah menipu para pengguna.

“Pihak berkuasa pantaulah produk-produk begini. Kesiankanlah mereka yang struggle dengan berat badan dan ditipu dengan produk-produk yang claim penurunan berat badan duta mereka adalah kesan dari produk mereka, tetapi sebenarnya adalah hasil dari pembedahan Bariatric ini.

“Ini satu penipuan. Kesiankanlah pengguna,”

– Aishah

Selain itu, penyanyi lagu Janji Manismu itu mengakui berdepan cabaran untuk mendapatkan berat badan lebih ideal selepas melakukan pembedahan tersebut dua tahun lalu.

Penyanyi Aishah merupakan seorang yang lantang bersuara tentang sebarang ketidak adilan terutamanya tentang perkara yang dekat dengan hati dan dirinya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FAM & JDT Ucap Takziah Buat Syafiq, Bendera Kelab JDT di Pasang Separuh Tiang

Kongsi Foto Ala Pre Wedding, Harris Alif Bakal Berkahwin Dengan Intan Ladyana?