Buat pasukan keselamatan ramai yang menghulurkan sumbangan berupa makanan manakala pasukan kesihatan banyak menerima sumbangan berbentuk pakaian perlindungan diri (PPE). Terbaru, penyanyi terkenal, Aishah turut tampil menyediakan face shield buat frontliners kita. Difahamkan Aishah yang melakukan segalanya bersendirian berjaya menyiapkan 1000 unit pelindung ini. Wow! Hebat dan sangat gigih.
Menerusi Instagram, Aishah berkongsi hasil face shield yang telah disiapkannya buat tatapan orang ramai.
Dia turut berkongsi cara-cara menghasilkan ‘face shield’ sebegini dengan kualiti yang baik dan selamat serta cara untuk mendapatkan bahan-bahan bagi menghasilkannya di internet.
Perkongsian Aishah ini mendapat pujian orang pengikutnya, malah rata-rata berterima kasih dengan perkongsiannya.
Ramai juga yang turut menyatakan hasrat untuk membantu Aishah dalam menghasilkan lebih topeng muka ini untuk petugas barisan hadapan negara.
“Good job sis” tulis seorang pengikutnya
“Terbaik kak @aishahjmm perkongsian yang bermanfaat…teruskan berkongsi…sangat bermanfaat tulis seorang lagi pengikutnya”
– Pengikut IG Aishah
Tonton video tersebut di bawah :