Namun, pelantun lagu Tanpa Rela itu telah menafikan dirinya akan menggantikan posisi Datuk Siti atau Tok Ti di pentas pertandingan berprestij tersebut.
Sejak penafian yang dibuat Misha, spekulasi tentang siapa pengganti Tok Ti yang dipilih untuk mendendangkan lagu tersebut bertebaran.
Peminat mula meneka dan memberi pandangan siapa gerangan penyanyi yang boleh mendendangkan Aku Bidadari Syurgamu dengan baik, sekali gus membawanya ke pentas final.
Lantas ada banyak nama penyanyi tanah air yang diusulkan. Antara nama penyanyi yang ditebak oleh peminat dan netizen terutama di laman Twitter akan membawakan lagu tersebut pada malam ini adalah Liza Hanim dan Aishah. Selain itu nama penyanyi Nora turut disenaraikan sebagai pengganti.
Sama ada ia akan dinyanyikan oleh Liza Hanim atau Aishah mahupun Nora, mereka mempunyai vokal mantap dan masing masing pernah memenangi pelbagai anugerah hiburan tempatan sejak membabitkan diri dalam bidang seni.
Namun Liza Hanim menerusi Insta Storynya turut menafikan dia akan membawakan lagu tersebut.
Jika bukan Misha ataupun Liza, Aishah dilihat sebagai penyanyi yang paling menepati ramalan pengganti Tok Ti. Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, identiti penyanyi yang akan menggantikan Tok Ti belum diketahui.
Lagu Aku Bidadari Syurgamu dihasilkan oleh Ippo Hafiz sebagai komposer, manakala liriknya ditulis oleh Siti Rosmizah. Ia diterbitkan bersama Siti Nurhaliza Production (SNP), MVM Production Sdn. Bhd. dan Universal Music. Lagu tersebut terkandung dalam album baharu Tok Ti, ManifestaSITI2020.