in

Aishah Akui Kahwin Lagi Lepas 3 Kali Bercerai

RASANYA nama penyanyi lagu Janji Manismu seakan-akan ‘hilang’ daripada industri hiburan tanah air buat beberapa ketika. Namun, baru-baru ini nama Aishah kembali disebut-sebut apabila membuat kejutan menjadi antara 12 peserta program Gegar Vaganza musim keempat yang akan bermula pada 29 Oktober ini.

Dalam pada itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mengakui sudah mendirikan rumah tangga pada tahun ini selepas berpisah dengan suami ketiganya pada 2011 yang lalu.

Sidang Media GEGAR VAGANZA 4

Biarpun begitu, penyanyi ini enggan memberi ulasan lanjut mengenai perkahwinan terbarunya itu.

“Ya, benar saya sudah kembali berumah tangga dan cukup setakat itu sahaja saya dedahkan,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Mengenai program pertandingan realiti yang disertainya itu, Aishah menyatakan dia mendapat sokongan dan galakan daripada suaminya sendiri.

Bagaimanapun, penyanyi ini mengharapkan tiada pihak yang mencampur aduk kerjaya seninya dengan penglibatannya dalam bidang politik kerana menurutnya muzik itu universal.

“Saya berharap penyertaan saya ini masyarakat lebih terbuka dan tidak mengaitkan apa-apa. Kita letak dahulu semua fahaman, perbezaan atau sahaja benda-benda tidak berkaitan ke tepi kerana muzik itu bersifat universal. Malah fokus saya pun sepenuhnya terhadap muzik dan tolak ke tepi semua benda lain,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Aishah lagi, program ini mencabarnya untuk menyanyikan lagu penyanyi-penyanyi negara yang lain dan tidak menghiraukan status penyanyi legenda yang diberikan orang ramai.

“Saya tak fikir pasal orang kata saya tak layak kerana saya penyanyi legenda kerana itu label yang orang lain letakkan pada saya. Saya ingin mencabar diri menyanyikan lagu orang lain pula kerana sudah 30 tahun asyik nyanyi Janji Manismu,” tambahnya.

Terdahulu, Aishah telah dikurniakan seorang anak lelaki menerusi perkahwinan pertama yang dirahsiakan dan seorang lagi anak lelaki dari perkahwinan kedua bersama Muhammad Abdullah sebelum berpisah pada 2005.

Lima tahun kemudiaannya Aishah berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli namun perkahwinaan itu hanya bertahan selama setahun. Diharapkan perkahwinannya kali ini berkekalan.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Aishah serta 11 lagi peserta lain iaitu Aqasha, Elyana, Ferhad, Firman, Haida, Hazami, Lan (Kristal), Liza Hanim, Raja Azura, Syura dan Tia (Jinbara) dalam merebut gelaran juara Gegar Vaganza musim ini.

Sumber: Mstar Online

Sidang Media GEGAR VAGANZA 4

Sidang Media GEGAR VAGANZA 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Seri Vida Luah Rasa Kecewa dengan GEGAR VAGANZA 4?

Jackie Chan & Pierce Brosnan Bergabung dalam Filem THE FOREIGNER