in , ,

Aisha Retno Luah Rasa Simpati Lepas Gagal Dalam Cinta Lagu TERNOKTAH 

Aisha Retno, penyanyi dan pengubah lagu yang berusia 23 tahun, kini kembali memukau para peminat dengan karya terbarunya yang sarat dengan emosi dan makna yang mendalam.

Setelah beberapa lagu yang menyentuh hati pendengar, kali ini Aisha meluahkan perasaannya melalui lagu yang bersandarkan situasi sekarang. Aisha Retno tampil dengan sajian yang terbaharu yang berjudul ‘Ternoktah’. 

“Kebelakangan ini, ramai yang telah mengambil perhatian terhadap gelombang berita perpisahan yang melibatkan selebriti-selebriti terkemuka, seperti yang dipaparkan melalui medium media tempatan. Realiti ini telah membangkitkan simpati dalam diri Aisha, dan kemudiannya meluahkan ia melalui lagu yang mengisahkan kisah perpisahan dengan seseorang yang amat disayanginya,” kata Aisha Retno.

‘Ternoktah’ mengisahkan tentang perasaan yang sudah berakhir (tawar hati) akan sesuatu yang dicintai. Perpatah berkata ‘mencintai tidak bermakna memiliki’, meskipun cinta masih bersemayam di hati seseorang, tidak semestinya dapat memiliki.

“Tajuknya ‘Ternoktah’ jelas menggambarkan terhenti atau habisnya sesebuah hubungan percintaan. Boleh dikatakan, perpisahan bukan perkara janggal, ia normal dan banyak berlaku dalam masyarakat, sudah nama pun manusia biasa,” tambah Aisha Retno.

‘Ternoktah’ tidak hanya menyentuh emosi para pendengar, tetapi juga mengajak mereka untuk merenung tentang erti sebenar cinta dan kepahitan yang mengiringi kehidupan kita. Dengan penuh keberanian, Aisha Retno sekali lagi membuktikan bakatnya sebagai penyanyi dan pengubah lagu mampu menyampaikan mesej mendalam melalui harmoni suara yang unik dengan sempurna.

Aisha Retno Luah Rasa Simpati Lepas Gagal Dalam Cinta Lagu TERNOKTAH

Aisha juga memberi pesanan, jika kita mengalami rasa kekecewaan, kita haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya dan terus ke hadapan dan berusaha mencari kebahagian pada masa yang akan datang.

“Bagi saya, jika kita mengalami rasa kekecewaan daripada perpisahan, kita harus redha dan terima hakikat sambil berusaha mencari jalan penyelesaian bagi meneruskan kehidupan,”lagi.

– Aisha Retno

Mengulas lanjut, Aisha yang pernah menerima pencapaian Anugerah Emas (SAMIs) dengan penjualan lagu ‘W.H.U.T’ (Wanna Hold U Tight) menerusi penjualan strim digital di Malaysia dan Indonesia ini mengatakan bahawa interpretasi terhadap lagu terbarunya itu tidak terikat kepada kisah percintaan semata-mata. Sebaliknya, pendengar juga boleh mengaitkan dengan perkara disekeliling seperti perpisahan terhadap sesuatu hubungan.

“Skop lagu ini boleh dibuka lebih besar. Dalam kehidupan, kadang-kadang kita rasa tak mahu lagi lakukan sesuatu, atau mungkin kita rasa mahu mulakan lembaran baru dengan orang yang kita percaya. Justeru, sudah tentu kita meletakkan noktah pada cerita lama yang terdahulu,” tambahnya.

Aisha Retno atau Melly, watak yang dipegang dalam drama Gadis Muzikal ini berkongsi tentang ‘Ternoktah’ yang mempunyai kaitan dengan hidupnya, pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam ini tidak menafikan perkara itu.

“Buat masa sekarang saya lebih memberi tumpuan kepada bidang kerjaya (nyanyian, lakonan dan pengacara). Semestinya banyak perkara turun naik yang berlaku dalam kehidupan saya. Namun semua itu saya terima dengan hati yang terbuka dan akhirinya dengan damai serta mengambil ia sebagai pengajaran dalam kehidupan. Tidak lupa juga, Aisha mempunyai ibu dan ayah yang sentiasa menjadi tulang belakang yang memberi kata-kata semangat kepada saya,” katanya dengan wajah yang penuh penghayatan.

Kebolehan Aisha dalam menghasilkan lagu-lagunya sangat menekankan kelainan dan keunikan seperti ‘Sutera’ yang mempunyai unsur Muzik Tarian Elekronik (EDM). Kini, Aisha tampil dengan lagu balad yang unik dan padu untuk didengar oleh orang ramai. Hal ini membuatkan Aisha lebih teruja kerana dia sukakan cabaran bagi meningkatkan kebolehan pada dirinya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk melancarkan lagu-lagu yang berbeza genre sebelum ini. Walaupun berhadapan dengan jadual kerja yang padat, namum saya menghasilkan lagu balada yang bertajuk ‘Ternoktah’, diselit juga dengan penggayaan vokal dan muzik yang moden agar boleh menebusi pendengar dari pelbagai peringkat umur, terutamanya generasi muda,”

Selain itu, ‘Ternoktah’ telah mendapat sentuhan istimewa daripada dua orang komposer dan penulis lirik berbakat iaitu Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat dalam menjayakan single ini.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya gembira bekerjasama dengan mereka bukan saja untuk single ini, malah untuk beberapa lagi lagu lain yang akan dilancarkan dalam masa terdekat,” katanya.

“Harapan saya sudah semestinya lagu ini diterima oleh pendengar dan dijadikan sebagai sumber inspirasi agar orang ramai boleh mengambil tindakkan yang lebih positif dan manfaat jika berlaku perpisahan.” katanya menutup bicara.

‘Ternoktah’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Akaun Media Sosial Aisha Retno:

Instagram: aisharetno02 (74.1K followers) 

TikTok: aisharett (189.5K Followers)

YouTube: Aisha Retno (30.9K Subscribers) 

Kredit

Artis: Aisha Retno

Tajuk: Ternoktah

Produser: Hanis Rafi & Omar K

Komposer: Aisha Retno, Hanis Rafi & Firdaus Rahmat

Penulis Lirik: Aisha Retno, Hanis Rafi & Firdaus Rahmat

Music Production Credits:

Title: Ternoktah

Artist: Aisha Retno

Composers & lyricists: Aisha Retno (Faithful Music), Hanis Rafi (Faithful Music) & Firdaus Rahmat (Faithful Music)

Arranger: Hanis Rafi

Producers: Hanis Rafi & Omar K

Mixing & Mastering: Felix Voon

Lyrics: Ternoktah

Verse 1

Bila terbitnya sang fajar kau tiba

Hadir cerita cinta kau dan aku

Detik demi detik kian berlalu

Masih ku rasa dakapan mu 

Pre Chorus 1

Tetapi semesta tak mengizinkan kita bersama   

Chorus 

Melepaskan mu 

Walaupun sakit

Sayang harus ku

Biarkan kamu dengannya

Melepaskan mu

Jiwa terpaksa

Relakan cinta

Ternoktah di sini

Verse 2

Bila firasat ku mulai berkata

Ku bukan jawapan doa mu

Pre Chorus 2

Ternyata semesta tak mengizinkan kita bersama 

Chorus

Bridge

Oooh

Adakah kau rasakan apa yang ku rasa? 

Chorus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syafiq Abdilah

SUARA HIDUP Single Terbaharu Syafiq Abdilah Ada Vibe OST K-Drama

SHAHEIZY SAM

Filem Malbatt: Misi Bakara Berjaya Kutip RM32.5 Juta Melepasi Filem PASKAL