Selepas menjuarai pertandingan Vokal Mania untuk kategori rookie, Aisha Retno, 20, kini muncul dengan lagu Cinta Denganmu. Lagu ini mengisahkan dunia percintaan yang tidak terlepas daripada kisah sedih apabila hanya satu pihak bertepuk sebelah tangan.
Menerusi Cinta Denganmu, Aisha sendiri dapat merasakan keperitan seorang wanita yang cintanya tidak berbalas. Baginya kebahagiaan itu tidak semestinya menjadi milik seseorang.
“Lagu ini berkenaan perasaan cinta seorang wanita tidak diterima si lelaki. Lambat-laun, dia terpaksa akur cintanya bertepuk sebelah tangan meski sudah cuba berusaha mengejar cintanya.Â
“Wanita itu sangat berharap dapat menjaga lelaki itu walau apa pun dugaan menimpanya. Tapi malangnya, lelaki itu tidak mampu membalas cintanya.
“Mesej lagu ini sebenarnya adalah cinta itu tidak perlu dipaksa dan kena hadir sendiri.Â
“Kepada pasangan bercinta pula, mereka seharusnya memiliki kesefahaman daripada kedua pihak. Tidak dilupakan, bukan semua pasangan bercinta mampu mengecap kebahagiaan diidam,â€
– Aisha Retno
Lagu ciptaan Farouk Roman dan Amylea Azizan ini kita menjadi lagu tema untuk drama bersiri TAKDIR YANG TERTULIS arahan pengarah tersohor, Shahrulezad Mohameddin.Â
“Secara peribadi, cabaran terbesar mahu menyelami lirik. Saya belum pernah mengalami keperitan percintaan seperti kisah dalam single Cinta Denganmu.
“Saya akui mengambil masa agak lama untuk benar-benar menghayatinya. Namun, Alhamdulillah, pengarah vokal, Jat Lobo banyak membantu sepanjang proses rakaman,”
– Aisha Retno
Drama yang dibintangi Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, dan Alvin Chong ini sudah mula disiarkan TV3 pada 21 Januari 2021.
Aisha berkata, lagu berkenaan berkisar perasaan cinta seorang wanita yang tidak diterima. Secara ringkasnya, ia membawa maksud cinta bertepuk sebelah tangan.
Katanya, dia gembira diberi kepercayaan mendendangkan lagu Cinta Denganmu, memandangkan sentiasa mengagumi karya Farouk dan Amylea.
“Bekerja dengan Farouk dan Amylea adalah satu penghormatan buat saya. Seminggu sebelum rakaman, Farouk memberikan demo, selain banyak berbincang mengenai bagaimana saya perlu menyesuaikan diri dengan lagu ini.
“Walaupun Farouk nama besar, namun, dia terbuka menerima pendapat penyanyi baharu seperti saya.Â
“Ketika rakaman, Jat Lobo pula banyak membantu untuk saya lebih mendalami lirik supaya penyampaian saya lebih berkesan,” katanya.
– Aisha Retno
Apapun, Aisha mengakui sangat teruja mendapat kepercayaan untuk melunaskan Cinta Denganmu memandangkan dia sendiri sentiasa mengagumi hasil karya Farouk dan Amylea.Â
Terdahulu, Aisha pernah merakamkan beberapa single termasuk Mengikat Jiwa dan Terima Kasih berduet bersama Yuka Kharisma.